KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah sedikit berbanding dolar AS selepas beberapa data makroekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan membantu melonjakkan permintaan untuk mata wang AS.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5445/5480 berbanding dolar AS daripada kadar penutupan semalam 4.5365/5395.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Tuntutan Pengangguran Permulaan AS -- yang mengukur bilangan pemohon yang memohon insurans pengangguran minggu lepas -- lebih rendah pada 242,000 berbanding unjuran an 254,000.
"Satu lagi penunjuk makroekonomi yang menyokong dolar AS ialah Indeks Pembuatan Persekutuan Philadelphia AS dengan bacaan hari ini pada -10.4 berbanding unjuran -19.8, yang juga positif untuk dolar," katanya.
Selain itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Rizab Persekutuan AS (Fed) telah membayangkan kebarangkalian penghentian sementara dalam kenaikan kadar faedah pada mesyuarat akan datang agak tipis kerana Fed masih terikat dengan ancaman inflasi.
"Walaupun berada dalam mod risiko, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.64 peratus kepada 103.544 mata kerana Rizab Persekutuan masih cenderung untuk menaikkan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Justeru, ringgit dijangka kekal lemah dengan paras semasa RM4.5380 agak hampir dengan paras rintangannya iaitu RM4.5491.
Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6411/6454 daripada 5.6452/6490 pada penutup Khamis, meningkat berbanding euro menjadi 4.8958/8996 daripada 4.9076/9108 semalam dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2831/2861 daripada 3.2926/2950 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean.
Ia susut berbanding rupiah Indonesia kepada 305.6/306.0 daripada 305.0/305.4 pada penutup Khamis, merosot kepada 3.3728/3756 berbanding dolar Singapura daripada 3.3724/3748 semalam dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.14/8.15 daripada 8.11/8.13 sebelumnya.
Namun begitu, ringgit menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 13.1839/2002 daripada 13.2105/2247 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5445/5480 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Pesta Kaamatan: Enam Unduk Ngadau dimahkotakan di Semenanjung Malaysia
Enam Unduk Ngadau peringkat cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Semenanjung Malaysia telah dimahkotakan.
Bekas bintang Everton, Tim Cahill kunjungi fasiliti, stadium JDT
Bekas bintang Australia, Tim Cahill, mengunjungi fasiliti kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan JDT DI Padang Seri Gelam.
Faisal Halim teruja jalani fisioterapi untuk kembali beraksi
Pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti sediakala.
The Hardest Singing Show, program pertama cabar kreativiti penyanyi tempatan
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Program 'The Hardest Singing Show' berteraskan konsep 'Kreativit Luar Limitasi', dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Program 'The Hardest Singing Show' berteraskan konsep 'Kreativit Luar Limitasi', dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Azizulhasni raih gangsa kedua dalam tempoh 24 jam di Jepun
Azizulhasni menaiki podium buat kali kedua dalam tempoh kira-kira 24 jam selepas meraih pingat gangsa dalam final keirin lelaki pada saingan Piala Trek Jepun II di Velodrom Izu di Shizuoka hari ini.
Pelajar Malaysia di Madinah yakin dapat bawa jemaah haji
Kira-kira 88 pelajar Malaysia yang sedang menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah terlibat sebagai muzawwir dalam operasi Tabung Haji (TH) bagi membantu aktiviti ziarah jemaah haji di madinah.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampir 35,000
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan sekurang-kurangnya 34,971 rakyatnya terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
AWANI Borneo [12/05/2024] – Penghormatan terakhir | Serik dikhianati | Komitmen KKM
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 12 Mei 2024
- Ayah bangga Mutang meninggal ketika berkhidmat untuk negara
- Tidak rela pisang berbuah dua kali, Warisan hati-hati pilih calon PRN17
- Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf tahun ini
#AWANIBorneo 12 Mei 2024
- Ayah bangga Mutang meninggal ketika berkhidmat untuk negara
- Tidak rela pisang berbuah dua kali, Warisan hati-hati pilih calon PRN17
- Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf tahun ini
Darjah kebesaran, pingat 'asing' tanpa perkenan Agong tidak sah diguna pakai - MDDM
Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah.
Google umum penamatan aplikasi Podcasts
Google memaklumkan Google Podcasts tidak lagi boleh memainkan sebarang podsiar berkuat kuasa 23 Jun 2024.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.