KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut, kata seorang ahli ekonomi.
Pada 9.04 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.365/3995 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa pada 4.4020/4065.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) kini berlegar ke arah 101.564, menyusut 0.52 peratus.
Beliau berkata, menurut Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Kerja (JOLTS) Amerika Syarikat, pembukaan pekerjaan di AS yang turun kepada 9.931 juta pada Februari berbanding jangkaan pasaran sebanyak 10.4 juta menunjukkan pasaran buruh semakin lemah.
"Situasi sedemikian boleh menyebabkan Rizab Persekutuan AS mungkin mengubah pendirian mereka, malah memilih untuk tidak menukar Kadar Dana Persekutuan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang pada bulan Mei.
"Oleh itu, kami percaya gandingan dolar-ringgit (USDMYR) akan terus meningkat kepada sekitar RM4.39 hingga RM4.40 hari ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 4.8194/8227 daripada 4.8118/8167 pada penutup Selasa dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3423/3449 berbanding 3.3135/3171, tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4925/4963 daripada 5.5078/5134 sebelumnya.
Berbanding mata wang ASEAN yang lain pula, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3176/3201 daripada 3.3198/3234 pada penutup Selasa dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 295.00/295.40 daripada 295.40/295.80.
Bagaimanapun, ringgit hampir mendatar berbanding peso Filipina pada 8.07/8.08 daripada 8.07/8.09 dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9412/9561 daripada 12.8612/8800 sebelumnya. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut. - Gambar hiasan
Kerani rugi RM109,540 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian.
Lelaki warga AS mengaku salah miliki video lucah, pornografi kanak-kanak
Tertuduh, David Matthew Frahm, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
[TERKINI] Majlis Perasmian Persidangan DSA & Natsec 2024
Majlis Pembukaan Pameran Dan Persidangan DSA & Natsec Asia 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.