awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Non-tariff barriers' penghalang utama perdagangan intra-ASEAN - Pakar

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
10/04/2025
04:40 MYT
'Non-tariff barriers' penghalang utama perdagangan intra-ASEAN - Pakar
Hanya sekitar 23 peratus perdagangan dalam kalangan negara ASEAN direkodkan, menunjukkan wujudnya kekangan struktural yang perlu diatasi segera melalui reformasi dasar dan kerjasama serantau.
KUALA LUMPUR: Halangan bukan tarif atau 'non-tariff barriers' dianggap sebagai punca utama kepada kelembapan perdagangan intra-ASEAN.
Menurut Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, ini berlaku di sebalik kadar tarif sesama negara anggota telah banyak dikurangkan sejak bertahun- tahun lamanya.
Menurut Irwan Shah, hanya sekitar 23 peratus perdagangan dalam kalangan negara ASEAN direkodkan, menunjukkan wujudnya kekangan struktural yang perlu diatasi segera melalui reformasi dasar dan kerjasama serantau.
“Tarif bukan lagi isu utama. Yang perlu diberi perhatian kini ialah non-tariff barriers iaitu piawaian yang berbeza, peraturan teknikal serta proses birokrasi yang mengekang aliran barangan dan perkhidmatan,” jelas Irwan Shah dalam program Niaga AWANI pada Khamis.
Katanya, keperluan penyelarasan dasar fiskal dan monetari dalam kalangan negara ASEAN bagi mengukuhkan daya tahan ekonomi serantau.
"Satu dana bersama harus diwujudkan untuk membantu negara anggota yang lebih terjejas ketika krisis," tambah beliau lagi.
Antara lain, Irwan Shah menyarankan agar platform perdagangan multilateral seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dimanfaatkan secara lebih proaktif.
Ia bertujuan mempercepat pengurangan halangan bukan tarif, seterusnya memperkukuh hubungan dagangan serantau dan mengurangkan kebergantungan kepada ekonomi kuasa besar.
"Dalam konteks kepengerusian Malaysia dalam ASEAN, Malaysia perlu memimpin dengan hala tuju strategik yang menyokong keterbukaan perdagangan dan hubungan yang lebih terarah dengan negara-negara dalam blok BRICS," jelas beliau.
Perang Tarif AS-China: Implikasi dan cabaran untuk ASEAN
Topic Berkaitan
#ASEAN
#BRICS
#Malaysia
#halangan bukan tarif
#tarif Trump
#perang perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan