awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nor Azam M Taib dilantik sebagai CEO Kumpulan MBSB

Dagang News
Dagang News
01/07/2022
01:20 MYT
Nor Azam M Taib dilantik sebagai CEO Kumpulan MBSB
Nor Azam adalah graduan perakaunan dari Universiti Wyoming, Amerika Syarikat. - DagangNews
KUALA LUMPUR: Malaysia Building Society Berhad (MBSB) melantik Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) MBSB dan syarikat-syarikat subsidiari termasuk MBSB Bank Berhad berkuat kuasa 1 Julai 2022.
Nor Azam mula dilantik sebagai Ketua Perbankan Perniagaan MBSB pada November 2010, menurut MBSB dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Selepas latihan korporat oleh MBSB pada April 2018 apabila entiti itu mengambil alih Asian Finance Bank (AFB) yang kemudiannya dijenamakan semula kepada MBSB Bank, Nor Azam menjalankan peranan sebagai Ketua Pegawai Perniagaan bagi Bank MBSB.
Azam kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (DCEO) berkuat kuasa 1 Januari 2021 dengan perluasan peranan untuk menyelia semua Bahagian dalam Kumpulan MBSB.
Pada 15 Ogos 2021, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB.
Nor Azam adalah graduan perakaunan dari Universiti Wyoming, Amerika Syarikat dan juga memegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Charles Sturt University, Australia.
Ketika awal kerjaya dalam industri perbankan, beliau telah memegang pelbagai peranan di bahagian perniagaan dan pernah bekerja dengan bank dan syarikat kewangan selama lebih daripada 26 tahun.
Mengulas mengenai pelantikan Nor Azam, Pengerusi Kumpulan MBSB Tan Sri Azlan Zainol berkata, pihaknya berbesar hati kerana Azam menerajui Kumpulan dalam pelan hala tuju MBSB untuk menjadi bank Islam progresif yang terbaik dalam negara.
"Pengetahuan dan kepimpinan beliau yang mendalam di MBSB Bank sejak 11 tahun lepas akan menjadi kunci untuk mengukuhkan kehadiran bank,” kata beliau. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Nor Azam M Taib
#GCEO
#MBSB
#Azlan Zainol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan