KOTA BHARU: Ohgi Technological Creation Co (Ohgi) dari Jepun akan melabur RM140 juta di Kelantan untuk membina fasiliti 'Pengkarbonan Plastik Sisa dan Sistem Pengurangan Volum'.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Dr Izani Husin berkata fasiliti yang bakal dilaksanakan itu akan menghasilkan karbon aktif.
Katanya bahan berkenaan akan digunakan sebagai bahan utama untuk menghasilkan produk seperti plat karbon, elektrod yang akan digunakan dalam kapasitor, penapis pelbagai gred, penebat haba dan pelbagai lagi produk yang menggunakan karbon sebagai bahan asas.
"Ohgi yang berpangkalan di Tokyo, Jepun menumpukan kepada pembangunan produk berasaskan karbon yang digunakan dalam bidang perubatan, makanan, pembinaan dan sebagainya.
"Ohgi juga banyak terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan bersama Ryukoku University bagi membangunkan pelbagai produk baharu yang berasaskan karbon. Setakat ini, pihak Ohgi memegang sebanyak 181 paten bagi pelbagai jenis produk dan rekaan," katanya menerusi kenyataan media, di sini pada Jumaat.
Terdahulu, Dr Izani menerima kunjungan delegasi Ohgi Technological Creation Co ( Ohgi ) diwakili oleh Pengasasnya Takehiko Ohki, Pengasas Bersama Ryuichiro Kuboshima dan syarikat bersekutunya J Global Trading Sdn Bhd.
Mengulas lanjut, Dr Izani turut berkata pihak Ohgi juga berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan Sdn Bhd (PSPM), yang merupakan syarikat bersekutu Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) bagi menaik taraf sistem pengurusan tapak pelupusan di Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang.
"Malah dengan beberapa komponen projek yang dicadangkan, ia dijangka dapat membantu memberi penyelesaian kepada masalah di tapak-tapak pelupusan yang terlibat selain mewujudkan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi kepada rakyat tempatan dan menambah pendapatan kepada kerajaan negeri.
"Selain itu, pihak Ohgi turut berhasrat untuk melakukan kolaborasi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bersama universiti-universiti tempatan dan mencipta produk-produk baharu berasaskan karbon yang lebih sesuai untuk kegunaan industri tempatan," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
Dr Izani menerima kunjungan delegasi Ohgi, diwakili Pengasasnya Takehiko Ohki, Pengasas Bersama Ryuichiro Kuboshima dan syarikat bersekutunya J Global Trading Sdn Bhd. - Foto Facebook Dato' Dr Izani Husin
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Ohgi Technological akan labur RM140 juta di Kelantan
Izani berkata fasiliti yang bakal dilaksanakan itu akan menghasilkan karbon aktif.