awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sumatera: Enam rakyat Malaysia selamat pulang, seorang masih hilang

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2025
07:30 MYT
Banjir Sumatera: Enam rakyat Malaysia selamat pulang, seorang masih hilang
BNPB Indonesia melaporkan sebanyak 1,071 orang terkorban, 185 masih dilaporkan hilang dan lebih 525,868 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara akibat bencana tersebut. - Gambar/ AP
SEREMBAN: Tujuh rakyat Malaysia dikenal pasti terkandas akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh, Indonesia, sehingga semalam.
Daripada jumlah itu seorang masih hilang manakala enam individu telah selamat pulang ke tanah air, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan terus memantau serta menangani situasi bencana berkenaan.
"Bagi mangsa hilang (Asrul Nizam Apridwson), operasi pencarian memasuki hari ke-23 masih diteruskan dan buat masa ini tiada pemakluman terkini daripada pihak berkuasa Indonesia berhubung mangsa," katanya seperti dilaporkan Bernama selepas Program Khatan Perdana Taman Pinggiran Senawang, di sini hari ini.
Berhubung status pelajar, Mohamad berkata Education Malaysia di Jakarta melaporkan sebanyak 49 pelajar Malaysia berada di Provinsi Aceh, dengan 24 daripadanya masih berada di sana manakala 25 lagi selamat pulang ke tanah air, setakat 16 Dis lepas.
"Pelajar kita di Provinsi Aceh berada dalam keadaan selamat dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menyalurkan bantuan kewangan RM500 kepada pelajar Malaysia terkesan di Indonesia," katanya.
Mohamad berkata secara keseluruhan, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia melaporkan sebanyak 1,071 orang terkorban, 185 masih dilaporkan hilang dan lebih 525,868 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara akibat bencana tersebut, setakat semalam.
Beliau berkata Indonesia juga menganggarkan kos keseluruhan bagi proses pemulihan dan pembinaan melebihi RM12.7 juta (51.82 trilion rupiah) bagi ketiga-tiga wilayah tersebut.
Topic Berkaitan
#banjir Sumatera
#banjir Aceh
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan