PT Indonesia AirAsia atau AirAsia Indonesia merupakan syarikat penerbangan tambang rendah yang ditubuhkan pada 8 Dis, 2004 menerusi usaha sama antara AirAsia International Ltd dan PT Awair International.
Beroperasi dari habnya di Jakarta, Bandung, Bali, Surabaya dan Medan, AirAsia menguasai 49 peratus kepentingan manakala 51 peratus lagi oleh pemegang saham Indonesia.
Hab-hab berkenan ternyata merupakan segmen pertumbuhan utama bagi AirAsia Indonesia, selain Yogyakarta, Solo, Lombok, Palembang, Padang, Banda Aceh, Pekan Baru, Manado, Balik Papan, Makassar dan Surabaya.
Diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Sunu Widyatmoko, syarikat tambang rendah itu kini beroperasi dengan kumpulan 30 Airbus A320.
Selain itu operasi Indonesia yang bermula pada 2004, AirAsia yang disenarai di Malaysia, turut beroperasi di Thailand, Filipina dan India, usaha yang merangsang sektor pelancongan, perjalanan, perniagaan serta pergerakan pekerja di Asia.
Menggunakan slogan menarik 'Now Everyone Can Fly', pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes merevolusikan perjalanan udara dengan menawarkan tambang rendah kepada semua dengan promosi menarik bermula serendah RM1.
Pendemokrasian perjalanan udara serantau bermula apabila Tune Air Sdn Bhd yang diasaskan pada 2001 oleh Tony Fernandes, Datuk Pahamin Ab Rajab, Datuk Kamarudin Meranun dan Datuk Aziz Bakar - membeli AirAsia yang mencatat kerugian, daripada HICOM Holdings Bhd pada harga RM1.
Kumpulan itu dapat menyelesaikan hutang syarikat penerbangan itu dengan cepat dan mula menjenamakan dan melancarkan semula AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah yang telah mencetuskan ledakan dalam perjalanan udara di Asia dan Asia Tenggara.
Sehingga kini, kumpulan pesawat syarikat itu mencatat pertumbuhan luar biasa, daripada hanya dua pesawat dengan enam laluan di Malaysia (pada Januari 2002), kepada 158 pesawat yang memberi perkhidmatan ke 65 destinasi di 18 negara.
Ia mempunyai lebih 15,000 pekerja daripada hanya 200 semasa mula beroperasi dan permodalan pasaran lebih RM19 bilion sehingga 31 Mac 2011.
AirAsia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dalam Tinjauan Tahunan Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax untuk lima tahun berturut-turut sejak 2009, dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Utama Dunia pada Anugerah Perjalanan Dunia 2013.
Ia juga mempunyai rekod keselamatan yang dibaik sehinggalah kehilangan QZ8501 semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada 7.24 pagi waktu tempatan hari ini selepas terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.
Usaha mencari pesawat itu yang membawa 162 orang, termasuk anak kapal dari Indonesia, masih diteruskan.
Juruterbang dikatakan meminta kebenaran untuk terbang ke paras ketinggian 38,000 kaki (11,000 meter) dan keluar daripada laluan asal penerbangan bagi mengelak awan tebal, 42 minit selepas berlepas.
Bernama
Sun Dec 28 2014

Diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Sunu Widyatmoko, syarikat tambang rendah itu kini beroperasi dengan kumpulan 30 Airbus A320.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

AirAsia diharap mempertimbangkan semula keputusan gantung penerbangan Ipoh-Singapura - Exco
Katanya kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu dan ia diharap hanya pendekatan sementara bagi penyusunan semula strategi.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.