awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga

Bernama
Bernama
08/10/2024
04:47 MYT
OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Peralihan dasar fiskal dan risiko luar seperti ketegangan geopolitik, masih boleh mempengaruhi pendirian bank pusat itu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang susulan tekanan inflasi yang mereda dan prospek ekonomi lebih cerah.
Bagaimanapun, Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) berkata peralihan dasar fiskal dan risiko luar seperti ketegangan geopolitik, masih boleh mempengaruhi pendirian bank pusat itu.
Dalam nota penyelidikannya hari ini, bank pelaburan itu turut menyemak naik unjuran nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada 4.25 daripada 4.42 sebelum ini, disokong oleh perbezaan hasil, pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan pemulihan ekonomi China.
"Seperti dijangkakan, pasaran telah melakukan pelarasan dan menerima hanya dua pengurangan 25 mata peratusan tahun ini oleh Fed susulan data tenaga kerja September yang lebih kukuh daripada unjuran awal.
"Walaupun asas-asas domestik akan terus mendorong peningkatan ringgit, kami kekal berhati-hati terhadap risiko luar, khususnya prospek penurunan ekonomi AS yang mendadak, ketidaktentuan susulan pilihan raya presiden dan ketegangan geopolitik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#OPR
#inflasi mereda
#rizab persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan