BISNES
OPR dijangka turun 25 mata asas pada separuh kedua - HLIB

Bank pelaburan itu berkata ketidaktentuan dasar perdagangan global juga dijangka kekal tinggi, terutamanya apabila Malaysia menghampiri tempoh akhir rundingan 90 hari dengan AS. - Bernama
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan pendirian berhati-hati dan bertindak mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada separuh kedua 2025.
Ringkasan AI
- BNM dijangka menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75% pada separuh kedua 2025, berikutan tekanan inflasi yang lemah, petunjuk monetari bercampur-campur dan ketidaktentuan dasar perdagangan global.
- Faktor luaran seperti rundingan perdagangan Malaysia-AS dan ketegangan geopolitik turut mempengaruhi unjuran, dengan tarif universal 10% dijangka dikekalkan dan pelabur asing menunjukkan minat semula terhadap pasaran bon dan ekuiti Malaysia.
- Indikator monetari domestik menunjukkan corak bercampur, termasuk penawaran wang M1 yang meningkat, M3 yang menurun, serta kelulusan pinjaman yang naik tetapi pengeluaran pinjaman menurun; manakala deposit asing kekal stabil pada 3.5%.
"Risiko perlindungan kekal tinggi dengan tarif universal sebanyak 10 peratus dijangka terus dikekalkan," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
HLIB berkata indikator monetari juga bercampur-campur pada Mei dengan penawaran wang (M1) menguncup dan melonjak sehingga 4.4 peratus tahun ke tahun daripada 3.8 peratus pada April lepas.
Bagaimanapun, penawaran wang meluas (M3) susut kepada 2.7 peratus daripada 3.2 peratus.
Selain itu, petunjuk utama pinjaman juga bercampur-campur dengan kelulusan pinjaman meningkat, permohonan pinjaman sederhana manakala pengeluaran pinjaman pula susut.
HLIB berkata pelabur asing telah beralih menjadi pembeli bersih bon dan ekuiti tempatan sepanjang bulan berkenaan.
"Minat pelabur asing terhadap bon Malaysia pula terus meningkat pada Mei (+RM12.9 bilion), apabila pelabur bon berpindah dari pasaran AS ke pasaran hutang negara sedang membangun. Aliran ini turut diperkukuh oleh perkembangan positif dalam rundingan perdagangan Malaysia-AS serta prestasi ringgit yang mengukuh," katanya.
"Pada masa sama, pelabur asing beralih menjadi pembeli bersih dalam pasaran ekuiti (+RM1.0 bilion) selepas tujuh bulan berturut-turut mencatatkan jualan bersih," katanya.
Dalam pada itu, deposit asing pula mencatat pertumbuhan stabil sebanyak 3.5 peratus tahun ke tahun iaitu tidak berubah sejak April, kata HLIB.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami