awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Othman tepis dakwaan kadar GST naik dalam Bajet 2017

Bernama
Bernama
04/10/2016
23:18 MYT
Othman tepis dakwaan kadar GST naik dalam Bajet 2017
OTHMAN: Kita masih mampu menguruskan ekonomi walaupun kita menghadapi cabaran.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz pada Selasa berkata Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib 21 Oktober ini tidak akan melibatkan cadangan meningkatkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sedia ada.
Katanya kadar enam peratus yang dikenakan sekarang masih mencukupi untuk menguruskan ekonomi negara dan memenuhi keperluan untuk membantu masyarakat marhaen.
"Takkanlah kita hendak membebankan rakyat lagi (dengan menaikkan kadar GST). Kita masih mampu menguruskan ekonomi walaupun kita menghadapi cabaran," katanya selepas merasmikan Seminar Integriti, Kualiti, Inovasi dan Kreativiti (Sektor Awam dan Swasta) di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Najib yang juga Menteri Kewangan akan mengumumkan peningkatan kadar GST semasa membentangkan Bajet 2017 ini.
Menurut Othman, asas pencukaian di bawah GST yang dikenakan kerajaan sejak diperkenalkan 1 April tahun lepas tidak melibatkan kesemua barangan keperluan rakyat.
"Kerajaan kita bertanggungjawab... amat prihatin kepada rakyat. Apa yang kita dapat daripada GST kita beri balik kepada rakyat namun ini cuba dieksploitasi (oleh pihak tertentu)," katanya.
Othman berkata persiapan untuk pembentangan Bajet 2017 yang kini sudah memasuki fasa terakhir ini telah banyak mengambilkira pendapat yang diutarakan oleh rakyat dari pelbagai lapisan.
Katanya seperti mana bajet yang telah dibentangkan sebelum ini, Najib telah menunjukkan sikap keterbukaannya untuk memastikan bajet tahun depan menggambarkan suara segenap rakyat dan keperluan mereka.
Topic Berkaitan
#ekonomi negara
#GSTm Bajet 2017
#Othman Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan