Pemilik Kuzie Katering, Datuk Raja Rosly Raja Mazlan meninggal dunia di Hospital Pakar DEMC di sini malam ini akibat penyakit kencing manis.
Anak bongsu Allahyarham, Raja Muhammad Harith Irfan, 17, berkata Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Engku, 57, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.10 malam.
"Arwah dimasukkan ke hospital semalam dan dibedah malam semalam," katanya ketika ditemui Bernama di lobi hospital malam ini.
Allahyarham meninggalkan isteri Ramziah Samah, 47, dan tiga orang anak.
Jenazah Pak Engku akan disembahyangkan di Masjid Negeri sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam pagi esok.
Pak Engku yang dilahirkan di Kampung Batu Laut, Banting, Selangor pernah berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 1979 hingga 1981 sebelum menceburkan diri dalam bidang katering.
Berpengalaman luas dalam bidang katering dan hasil air tangannya yang sering mendapat pujian membolehkan beliau mendapat kepercayaan untuk mengendalikan majlis-majlis besar golongan kenamaan termasuk pemimpin negara.
Antara majlis yang pernah dikendalikan Allahyarham ialah Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2009 dan majlis rumah terbuka Aidilfitri Istana Negara pada 2011.
Dengan berbekalkan pengalaman yang luas serta minat mendalam terhadap bidang masakan, Pak Engku juga menghasilkan karyanya dengan menerbitkan beberapa buah buku yang mengandungi pelbagai resepi khusus buat para peminatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2017
Allahyarham Raja Rosly dikenali umum sebagai pakar perkhidmatan katering melalui syarikatnya, Kuzie Catering & Wedding Planner yang ditubuhkan pada tahun 1994.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88
Pengacara dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Pusu Gombak.
Tabung Kasih@HAWANA: Dua sahabat media di Melaka dibantu
Dua bekas pengamal media di Melaka hari ini menerima sumbangan daripada Tabung Kasih@HAWANA bertujuan membantu komuniti media yang memerlukan.
Retinopati diabetik: Lakukan saringan penglihatan secara berkala
Retinopati diabetik merupakan gejala kerosakan pada retina mata dan boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.
PM hulur sumbangan kepada pelakon veteran Mak Jah
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kepada pelakon veteran Maimunah Ahmad, atau Mak Jah, yang berdepan masalah kesihatan.
Akses kepada informasi mengenai penyakit kencing manis penting - Dr Nor'Aishah
Usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini.
KKM lancar Pelan Advokasi Gula dalam masa terdekat
Pelan tersebut juga sebagai usaha untuk menangani penyakit tidak berjangkit terutamanya kencing manis.
Bukan sekadar manis semata-mata, kenal pasti punca dan simptom diabetes selain gula
Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan mengidap penyakit diabetes menjelang 2025.
Kaki lelaki ini dipotong akibat minum teh tarik
Dalam sehari, Lan boleh minum antara tiga empat gelas teh tarik selain sangar menggemari air berkarbonat dan jarang minum air kosong.
Kerajaan belanja RM4.9 bilion setahun tangani diabetes - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata, usaha berterusan melibatkan semua pihak berkaitan penting dalam menangani penyakit berkenaan.
Khalis The Real Spin diuji sakit, 5 anak tercicir dalam pelajaran
Dia juga tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada anak-anak dengan memaksa mereka ke sekolah selepas lebih setahun meninggalkannya.