Skip to main content

Sukan

Pahang Rangers tewaskan Selangor FC 4-3 pada final pertama MPFL

Antara aksi menarik semasa perlawanan final pertama MPFL 2026 antara Pahang Rangers FC dan Selangor FC di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang, Kuantan, malam tadi.- Foto FB Pahang Rangers FC
Antara aksi menarik semasa perlawanan final pertama MPFL 2026 antara Pahang Rangers FC dan Selangor FC di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang, Kuantan, malam tadi.- Foto FB Pahang Rangers FC

Advertisement

KUANTAN: Pahang Rangers FC berjaya menewaskan Selangor FC 4-3 pada aksi final pertama Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2026 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di sini malam tadi.

Selangor terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanannya, Borges Evandro pada minit kelapan. 

Pada minit ke-11,  Pahang Rangers bangkit menyamakan kedudukan dengan rembatan kencang Muhammad Razin A Rahim sebelum perlawanan terpaksa dihentikan selama 30 minit kerana gelanggang basah akibat kebocoran bumbung berikutan hujan.

Gol kedua Pahang Rangers dicipta oleh Rodrigo Galvao da Silva pada minit ke-24 babak kedua, yang berjaya menggelecek pemain lawan sebelum menendang deras membolosi gawang, diikuti jaringan cantik Muhammad Syarifuddin Md Akhir pada minit ke-26 yang merobek gawang Selangor FC.

Pada minit ke-33, Felipe De Almeida Souza menambah derita Selangor dengan jaringan keempat buat Pahang Rangers sebelum Selangor meledakkan gol kedua menerusi Marlon Oliveira Araujo pada minit ke-34. 

Pada minit ke-39, Borges kembali untuk menghasilkan gol ketiga Selangor, menjadikan keputusan perlawanan 4-3 sehingga wisel penamat ditiupkan. 

Selepas aksi final pertama berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA malam ini, manakala perlawanan kedua akan berlangsung di gelanggang lawan pada 31 Okt.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement