awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Bernama
Bernama
24/12/2024
12:30 MYT
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup esok sempena cuti Hari Krismas. Operasi pasaran akan disambung semula pada Khamis. - Gambar fail/Unsplash
KUALA LUMPUR: Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Seorang peniaga berkata pasaran disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terhad berikutan cuaca lembap berpanjangan di beberapa kawasan negara pengeluar utama getah asli, termasuk Malaysia dan Thailand.
"Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh dagangan kecil menjelang cuti Krismas dan konflik di Timur Tengah yang berterusan," katanya kepada Bernama
Katanya di Thailand, negara pengeluar utama getah, monsun di kawasan teluk dan wilayah selatan negara itu bertambah kuat manakala sistem tekanan tinggi di bahagian utara negara tersebut akan menjadi lemah.
Sementara itu, aktiviti menoreh getah telah terhenti di Yunnan dan Hainan di China serta terjejas akibat hujan di Indonesia dan Malaysia.
Menurut Lembaga Getah Malaysia, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 0.5 sen kepada 855 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot tiga sen kepada 712.5 sen sekilogram.
Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup esok sempena cuti Hari Krismas. Operasi pasaran akan disambung semula pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#pasaran getah
#Hari Krismas
#SMR20
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan