awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah raih paras tertinggi setakat ini susulan kenaikan harga minyak mentah, data ekonomi China

Bernama
Bernama
07/06/2024
14:51 MYT
Pasaran getah raih paras tertinggi setakat ini susulan kenaikan harga minyak mentah, data ekonomi China
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi GMM 20 fizikal berada pada 857.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 798 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur hari ini ditutup pada paras tertinggi sejak awal tahun sehingga kini, didorong oleh kenaikan harga minyak mentah dan data ekonomi China yang memberangsangkan sehingga meningkatkan prospek permintaan terhadap getah asli, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen optimis ini turut disokong oleh peningkatan di pasaran getah serantau di tengah-tengah keyakinan mengenai potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan data ekonomi AS yang lebih lemah, dan bermulanya kitaran penurunan kadar oleh bank pusat utama minggu ini.
Menurutnya niaga hadapan getah Jepun melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh seminggu pada Jumaat, menjejaki peningkatan di pasaran Shanghai serta dengan keyakinan bahawa pengurangan kadar bank pusat akan membantu pertumbuhan ekonomi.
"Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dikekang oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS menjelang pengumuman data ekonomi AS yang penting," katanya kepada Bernama.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menambah 18.5 sen kepada 856 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 4.5 sen kepada 794.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi GMM 20 fizikal berada pada 857.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 798 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#LGN
#susu getah
#ekonomi AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan