awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran hartanah Malaysia dijangka meningkat pada separuh kedua 2016

Bernama
Bernama
08/07/2016
05:04 MYT
Pasaran hartanah Malaysia dijangka meningkat pada separuh kedua 2016
Tanda-tanda pemulihan sihat industri hartanah di Malaysia sudah dapat dilihat, kata iProperty.
Pasaran hartanah Malaysia dijangkakan kembali cergas pada separuh kedua tahun ini, dengan tanda-tanda pemulihan sihat industri itu sudah dapat dilihat.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group Georg Chnmiel berkata pasaran hartanah tempatan dilihat akan meningkat pada separuh kedua apabila penggiat mula menyesuaikan diri terhadap perubahan dalam landskap ekonomi.
"Jangkaan ini sudah pun terbukti dan dapat kita lihat, bila sahaja kami menganjurkan seminar atau acara berkaitan hartanah, jumlah kehadiran untuk mendengar penerangan pakar meningkat ketara.
"Ini bermakna orang ramai sebenarnya sudah mula memikirkan bahawa sekarang merupakan masa yang baik untuk membeli hartanah disebabkan harganya sudah pun diselaraskan," katanya kepada Bernama.
Sepanjang separuh pertama tahun ini, Chnmiel berkata prestasi pasaran hartanah Malaysia agak suram dengan penggiat industri masih menyesuaikan diri dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun lepas.
Beliau bekata kebanyakan mereka agak berhati-hati ke atas regim percukaian baharu, selain peningkatan kos hidup serta ketidaktentuan ekonomi dunia.
Pada masa ini, beliau berkata hartanah berharga RM500,000 dan ke bawah dijangka mendapat permintaan tertinggi dalam kalangan pembeli di Kuala Lumpur, manakala kadar pembelian tinggi semakin meningkat bagi hartanah berharga antara RM800,000 dan RM1 juta.
"Pembangunan bercampur, antara kondominium dan rumah bertanah, dijangkakan mendapat permintaan tinggi daripada pembeli selain projek rumah mampu milik yang dilancarkan oleh kerajaan," katanya.
Sementara itu beberapa penganalisis berpendapat pasaran hartanah tempatan akan kekal suram sepanjang tahun ini memandangkan lonjakan harga sejak beberapa tahun lepas, selain langklah pengetatan, yang boleh menjejaskan jualan hartanah apabila pembeli lebih berhati-hati.
Garis panduan pinjaman bank yang lebih ketat disebabkan hutang isi rumah yang semakin meningkat, juga menjurus kepada jualan yang lebih rendah, kata penganalisis berkenaan.
Topic Berkaitan
#harga rumah malaysia
#hartanah malaysia
#pasaran hartanah
#rumah mampu milik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan