Pengalaman luas pihak pengurusan dalam Malaysia Airlines Berhad (MAB) dilihat faktor penting meletakkan entiti baru terbabit di kedudukan tepat untuk membolehkan syarikat penerbangan negara bersaing di pasaran global, kata penganalisis industri penerbangan dari Flightglobal Aviation, Greg Waldron.
Waldron berpendapat, pengambilan individu yang memahami pasaran industri penerbangan global akan meletakkan MAB mencapai sasarannya iaitu kembali untung.
"Mereka yang dilantik ini mempunyai pengalaman luas industri penerbangan di Eropah. Dan kita lihat pasaran penerbangan sejak beberapa tahun ini adalah begitu kompetitif.
"Pasukan baru ini pastinya akan dapat mengaplikasikan amalan terbaik dari Eropah kepada persekitaran Asia kerana persaingan di rantau ini sangat sengit," kata Waldron.
Antara barisan baharu termasuk Ketua Pegawai Komersial Flybe United Kingdom, Paul Simmons yang akan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Komersial MAB pada 1 Disember depan.
Selain itu, Peter Bellew yang menjawat pelbagai jawatan di syarikat penerbangan tambang rendah berpangkalan di Dublin Ryanair akan melaksanakan tugas barunya di MAB pada 1 September sebagai Ketua Pegawai Operasi.
Mengenai langkah pemulihan lain, Greg berkata MAB dijangka melakukan penstrukturan semula ke atas semua pesawat milik syarikat itu, khususnya A380.
"Antara agenda utama MAB adalah merasionalisasi bahagian aset dan perhubungan.
"Kita telah menyaksikan beberapa keputusan seperti melepaskan pesawat A380 untuk menjadikan operasi membawa lebih keuntungan." tambah Waldron.
Syarikat itu kini memiliki 128 pesawat pelbagai jenis.
Pada Jun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller mengumumkan cadangan untuk menjual atau menyewa 2 pesawat A380.
Dania Zainuddin
Mon Aug 31 2015
Waldron berpendapat, pengambilan individu yang memahami pasaran industri penerbangan global akan meletakkan MAB mencapai sasarannya iaitu kembali untung. - Gambar Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pasukan pengurusan baharu bakal kukuhkan MAB
Pengambilan individu yang memahami pasaran industri penerbangan global akan meletakkan MAB mencapai sasarannya iaitu kembali untung.