awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paul Low: Kerajaan ambil langkah hapuskan kehadiran orang tengah dalam perniagaan

Bernama
Bernama
23/09/2013
09:15 MYT
Paul Low: Kerajaan ambil langkah hapuskan kehadiran orang tengah dalam perniagaan
Kerajaan akan mengambil langkah untuk menghapuskan kehadiran orang tengah dalam perniagaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini.
Beliau berkata kehadiran orang tengah menaikkan kos menjalankan perniagaan, kerana mereka mengambil komisen tanpa menambah nilai kepada perniagaan.
"Ia adalah satu contoh rasuah yang amat dibimbangkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas membuka Persidangan Kebangsaan Audit Dalaman di sini hai ini.
Low berkata sungguhpun isu itu adalah kompleks, kerajaan akan melihat semula isu itu untuk memastikan perniagaan berjalan secara telus.
"Kerajaan akan melihat secara menyeluruh tentang isu itu dan bertindak mengikut peraturan dan kriteria.   "Rasuah diamalkan dalam hampir semua bidang di Malaysia. Sektor pembangunan akan menjadi sektor pertama yang akan diberi perhatian oleh kerajaan.
"Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemantauan untuk projek mega.
"Projek terpilih bernilai lebih RM500 juta dan dianggap sebagai berisiko tinggi dalam terma tadbir urus akan dipantau oleh kumpulan penyelia yang terdiri daripada wakil termasuk Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia dan Ketua Juruaudit Negara.
"Selepas itu, kami akan melihat sektor kesihatan dan majlis bandaran," katanya.
Topic Berkaitan
#Paul Low
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan