awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia tarik diri sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2026
Kementerian Perpaduan salur RM600,000 kepada 120 KRT perkukuh Program Satelit Komuniti MADANI
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabur asing catat belian bersih ekuiti Asia AS$389.4 juta minggu lepas

Bernama
Bernama
18/08/2025
05:30 MYT
Pelabur asing catat belian bersih ekuiti Asia AS$389.4 juta minggu lepas
MBSB berkata hanya India dan Thailand mencatatkan aliran keluar asing bersih manakala negara lain menyaksikan aliran masuk bersih.
KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus mencatatkan belian bersih saham Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah AS$389.4 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Ringkasan AI
  • Pelabur asing mencatatkan belian bersih saham Asia untuk minggu kedua berturut-turut berjumlah AS$389.4 juta, dengan Korea Selatan menerima aliran masuk tertinggi sebanyak AS$587.5 juta susulan sidang kemuncak antara Presiden Lee Jae Myung dan Presiden AS Donald Trump.
  • Indonesia dan Taiwan turut mencatatkan aliran masuk bersih masing-masing sebanyak AS$412.3 juta dan AS$90.4 juta, manakala India mengalami aliran keluar terbesar sebanyak -AS$347.8 juta untuk minggu kelima berturut-turut.
  • Di Malaysia, pelabur asing meneruskan jualan bersih untuk minggu keenam dengan aliran keluar sebanyak -RM566.1 juta, sementara sektor perladangan, hartanah dan kewangan mencatatkan aliran masuk, dan sektor utiliti, telekomunikasi serta penjagaan kesihatan mengalami aliran keluar tertinggi.

Dalam Laporan Aliran Dana pada minggu berakhir 15 Ogos 2025, bank pelaburan itu berkata hanya India dan Thailand mencatatkan aliran keluar asing bersih manakala negara lain menyaksikan aliran masuk bersih.
Korea Selatan mencatatkan aliran masuk terbesar sebanyak AS$587.5 juta selepas Presiden Lee Jae Myung dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilapor akan mengadakan pertemuan sidang kemuncak pertama mereka pada 25 Ogos di Washington untuk membincangkan langkah memperkukuh pakatan antara kedua-dua negara dan kerjasama dalam keselamatan ekonomi.
"Berdasarkan perjanjian tarif yang dicapai bulan lepas, kedua-dua pemimpin akan memacu kerjasama dalam sektor pembuatan, termasuk dalam semikonduktor, bateri dan pembinaan kapal serta mineral penting dan teknologi," katanya.
Pemimpin Korea Selatan dan Vietnam turut berikrar untuk meningkatkan kerjasama ekonomi.
Indonesia mencatatkan aktiviti belian bersih untuk minggu kedua berturut-turut dengan aliran masuk sebanyak AS$412.3 juta selepas menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan Peru pada Isnin di Jakarta.
Begitu juga, Taiwan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak AS$90.4 juta, merupakan minggu kelapan berturut-turut dan tempoh belian asing terpanjang sejak permulaan data didapati pada 2021.
Sebaliknya, India mencatatkan aliran keluar terbesar di rantau ini sebanyak -AS$347.8 juta, meneruskan tempoh aliran keluar selama lima minggu buat kali pertama sejak Mac 2025.
Pada peringkat domestik, katanya pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka untuk minggu keenam berturut-turut dengan aliran keluar bersih sebanyak -RM566.1 juta, merupakan penurunan sebanyak 50 peratus daripada aliran keluar sebanyak RM1.14 bilion minggu lepas.
"Pelabur asing mencatatkan jualan bersih pada setiap hari dagangan, dengan aliran keluar daripada -RM94.0 juta hingga -RM167.4 juta.
"Aliran keluar terbesar dicatatkan pada Jumaat, diikuti Khamis dengan -RM103.5 juta, Selasa (-RM101.5 juta) dan Isnin (-RM99.8 juta) manakala Rabu mencatatkan aliran keluar terkecil," katanya.
Tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk asing bersih ialah perladangan (RM77.7 juta), hartanah (RM52.7 juta) dan perkhidmatan kewangan (RM42.2 juta).
Sementara itu, tiga sektor utama yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah utiliti (-RM209.5 juta), telekomunikasi dan media (-RM185.5 juta) dan penjagaan kesihatan (-RM152.7 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelabur asing
#Bursa Malaysia
#saham asia
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan