KUALA LUMPUR: Malaysia akan memberikan pemudahcaraan imigresen kepada pelabur strategik yang membuat pelaburan berkualiti dengan nilai sekurang-kurangnya RM5 bilion di Malaysia, demikian diumumkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Ini terutamanya untuk pelaburan dalam sektor pembuatan yang disasarkan yang digalakkan oleh kerajaan melalui Dasar Pelaburan Baharu (NIP) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang akan datang, katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Pelabur strategik dikenal pasti sebagai mana-mana individu strategik untuk pelaburan, merangkumi pemilik syarikat, pengurusan peringkat atasan dan pembuat keputusan utama.
Pelabur strategik boleh diberikan Residence Pass Talent (RP-T) yang disesuaikan secara khusus tanpa perlu memperoleh pas pekerjaan sedia ada atau mempunyai kehadiran bekerja di Malaysia sebelum ini.
Menurut MITI, pas ini, yang diproses oleh Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), akan memudahkan kemasukan dan penginapan pelabur yang layak, serta pasangan dan tanggungan mereka sehingga tempoh 10 tahun di Malaysia.
Katanya calon laluan pantas RP-T dikenal pasti dan dicadangkan oleh agensi tertentu berdasarkan nilai pelaburan mereka dan/atau potensi untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Laluan Pantas RP-T.
MITI turut mengumumkan butiran pemudahcaraan imigresen untuk pekerja nomad, yang ditakrifkan sebagai pekerja bebas digital, kontraktor bebas dan pekerja jarak jauh dalam sektor pembuatan yang disasarkan di bawah NIP dan NIMP 2030.
"Pas Nomad Digital untuk sektor pembuatan akan membolehkan tenaga kerja asing yang mahir dari segi digital atau teknikal untuk tinggal di Malaysia bersama pasangan dan tanggungan mereka sehingga tempoh dua tahun, memanfaatkan Pas Nomad Digital DE Rantau yang diperkenalkan pada Oktober 2022 oleh Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC)," katanya.
Penyampaian pas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada beberapa pelabur dan pekerja nomad telah diadakan di Jabatan Perdana Menteri semalam.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata RP-T dan Pas Nomad Digital DE Rantau adalah sebahagian daripada usaha menyeluruh kerajaan untuk menambah baik dan mengukuhkan landskap dan ekosistem pelaburan negara.
"Langkah segera ini penting untuk Malaysia memanfaatkan pembentukan semula semasa syarikat multinasional bagi rantaian bekalan global mereka berikutan mereka beralih daripada kecekapan kos kepada keselamatan rantaian bekalan sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian risiko global mereka," katanya.
Tengku Zafrul berkata pemudahcaraan imigresen untuk sektor pembuatan akan membantu menarik pelaburan bernilai tinggi yang berkualiti dan profesional berkemahiran tinggi serta meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan dan memacu keusahawanan digital.
Pemudahcaraan imigresen tersebut diselaraskan secara bersama oleh MITI dengan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Digital, Jabatan Imigresen Malaysia, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, TalentCorp dan MDEC.
Pemudahcaraan imigresen untuk pelabur strategik dan pekerja nomad dalam sektor pembuatan telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 14 Julai 2023, untuk menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan dan memudahkan pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik di Malaysia.
Untuk rekod, Malaysia menarik RM71.4 bilion untuk pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2023 dengan sektor perkhidmatan mendahului sektor lain dengan nilai sebanyak RM53.6 bilion, menyumbang 75.1 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.
Subsektor maklumat dan komunikasi menduduki tempat kedua dengan pelaburan yang diluluskan bernilai RM24.9 bilion, mewakili 46.5 peratus. Sektor pembuatan Malaysia menarik RM15.6 bilion atau 21.8 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023
Ini terutamanya untuk pelaburan dalam sektor pembuatan yang disasarkan yang digalakkan oleh kerajaan melalui Dasar Pelaburan Baharu (NIP) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang akan datang.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Pembelian asing bagi kediaman di Malaysia dijangka meningkat tahun depan - Juwai IQI
Juwai IQI telah menjangkakan pembelian rumah asing di Malaysia akan meningkat tahun depan walaupun pada kadar yang mampan tidak lebih daripada lima peratus.
Malaysia rekod pelaburan RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini - PM Anwar
Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
MIDF Research unjur KDNK 2025 Malaysia berkembang kepada 4.6 peratus
2025 dijangka menjadi tahun pemulihan yang stabil dan lebih kukuh untuk Malaysia, dengan peluang pertumbuhan baharu dari aspek domestik dan global.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.