awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia

Bernama
Bernama
20/12/2025
14:42 MYT
Ibu bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia
Dr Zaliha menerusi hantaran di Facebook menyifatkan pemergian insan tersayang itu sebagai detik yang amat menyedihkan buat dirinya dan seluruh ahli keluarga.
KUALA LUMPUR: Ibu kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia malam ini pada usia 77 tahun.
Allahyarham Halimah Yaacob menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.23 malam di kediaman Zaliha di Putrajaya dan jenazah beliau akan diuruskan di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kulai, Johor bagi urusan pengebumian.
Dr Zaliha menerusi hantaran di Facebook menyifatkan pemergian insan tersayang itu sebagai detik yang amat menyedihkan buat dirinya dan seluruh ahli keluarga.
"Hari duka buat kami sekeluarga. Mak telah pergi buat selama-lamanya pada jam 8.23 malam tadi. Tiada lagi gurau senda dan doa Mak. Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa kehilangan ini," katanya.
Beliau turut memohon doa orang ramai agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh ibunya, mengampunkan segala dosa serta menerima segala amal kebaikan arwah.
"Saya mohon doa daripada semua agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Mak, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkan Mak dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya.
Dr Zaliha juga berharap agar beliau dan keluarganya dikurniakan ketenangan serta kekuatan untuk menghadapi saat yang sukar ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu dr zaliha mustafa
#meninggal dunia
#bekas menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan