awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi ditemukan dalam bungkusan plastik di belakang pasar raya

Bernama
Bernama
20/12/2025
14:42 MYT
Mayat bayi ditemukan dalam bungkusan plastik di belakang pasar raya
Siasatan masih diteruskan bagi mengumpul segala bukti dan keterangan yang ada di sekitar kawasan tempat kejadian.
SHAH ALAM: Mayat bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan ditemukan dibungkus dalam plastik di lorong belakang sebuah pasar raya di Seksyen 25 di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh orang awam kira-kira 7 pagi tadi, sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian, disyaki bayi tersebut dilahirkan di tempat lain dan telah dibuang di tempat kejadian. Siasatan masih diteruskan bagi mengumpul segala bukti dan keterangan yang ada di sekitar kawasan tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ramsay berkata mayat bayi terbabit dihantar ke Unit Forensik Jabatan Patologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.
Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Ahmad Mokhsin Abdul Rahman menerusi talian 011-17554394.
Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat bayi
#buang bayi
#polis
#shah alam
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan