Negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu mengekalkan keutamaan paling penting dalam merealisasikan Matlamat Bogor dalam pelaburan dan perdagangan bebas pada tahun 2020.
Ini boleh dipercepatkan menerusi komitmen pengurangan tarif dan menolak segala bentuk langkah-langkah perlindungan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Kedua-dua usaha ini adalah perkara utama untuk memudahkan perniagaan di dalam dan merentasi sempadan," katanya pada Mesyuarat Menteri-Menteri APEC di sini pada Isnin.
Beliau menegaskan mengenai keperluan APEC untuk terus memastikan pertumbuhan ekonomi serantau, kemakmuran, kemampanan dan keselamatan, di tengah-tengah cabaran global.
"Ini untuk memastikan aktiviti-aktiviti perdagangan dan pelaburan terus berkembang dan memberi manfaat bukan sahaja kepada komuniti perniagaan tetapi juga rakyat secara keseluruhan dalam cara yang seimbang, terangkum dan mampan," katanya.
Dalam pertemuan itu, Mustapa menyuarakan keyakinan bahawa integrasi ekonomi serantau yang lebih mendalam akan dapat dicapai dengan pelaksanaan usaha serantau dalam kalangan anggota APEC dan seterusnya.
APEC terdiri daripada 21 anggota iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong-China, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, Amerika Syarikat, dan Vietnam.
"Kerja-kerja Kajian Strategik Bersama berhubung sumbangan APEC ke arah pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP) adalah penting memandangkan rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) telah dimuktamadkan.
"Kami menyedari bahawa TPP dan Perkongsian Komprehensif Serantau (RCEP) adalah usaha untuk FTAAP tetapi ini tidak akan mengurangkan sokongan kami untuk sistem perdagangan pelbagai hala," kata Mustapa.
Malaysia merupakan sebahagian daripada jawatankuasa penggubalan Kajian Strategik Bersama FTAAP yang dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Pemimpin APEC akan datang di Peru.
Sementara itu, Malaysia memuji Filipina di atas usaha memberi tumpuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tahun ini.
"Adalah penting bagi syarikat-syarikat yang lebih besar memastikan bahawa PMKS termasuk dalam rantaian bekalan dan rantaian nilai global mereka, dan mungkin kita perlu menggalakkan syarikat multinasional untuk menjadi mentor PMKS, dengan itu membantu dalam membina keupayaan mereka dan membolehkan mereka menjadi pemain global," kata Mustapa.
Pada 2014, ekonomi APEC menyumbang 40 peratus daripada penduduk dunia, 57 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia (US$44.1 bilion), 48.5 peratus daripada perdagangan dunia (US$18.5 bilion) dan 53.1 peratus aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dunia (US$652 bilion).
Bagi Malaysia, ekonomi APEC membentuk 75.9 peratus (RM1.1 trilion) daripada jumlah perdagangan negara dan 34.4 peratus (RM12.2 bilion) daripada jumlah FDI di Malaysia manakala projek yang diluluskan dengan penyertaan APEC dalam sektor pembuatan berjumlah RM27.7 bilion (70.1 peratus).
Bernama
Tue Nov 17 2015
Mustapa menyuarakan keyakinan bahawa integrasi ekonomi serantau yang lebih mendalam akan dapat dicapai dengan pelaksanaan usaha serantau dalam kalangan anggota APEC dan seterusnya. - Gambar Fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.