MELAKA: Dalam kekalutan polemik politik di Melaka yang berlaku pada hari ini (Isnin) , kerajaan negeri masih sempat menandatangani perjanjian usahasama pembangunan semula terminal pengangkutan bersepadu di bandar Peringgit di sini dengan kos pembinaan RM3.5 bilion.
Pembangunan projek di tapak terminal sedia ada itu dimeterai antara anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka iaitu Melaka Sentral dengan syarikat pelabur dan pemaju, Goodyield Development Sdn Bhd (GDSB), disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Sulaiman berkata, Melaka Sentral yang akan baharu itu bakal menjadi pemangkin agenda pembangunan ekonomi negeri dan hab pengangkutan termoden di negara ini.
"Pembangunan itu melibatkan keluasan kasar terminal sebanyak 743,775 kaki persegi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM372 juta yang akan diserahkan secara 'in kind' kepada MSSB dan boleh menempatkan 340 ruang niaga untuk disewakan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Cadangan Projek Pembangunan Semula Melaka Sentral Antara MSSB dengan GDSB, di Kompleks Seri Negeri, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts. Kamel Mohamed; Pengerusi Lembaga Pengarah MSSB, Datuk Hasnoor Sidang Husin; Pengurus Besar MSSB, Abu Bakar Jani dan Ahli Lembaga Pengarah GDSB, Datuk Muhammad Hafidz Nuruddin; Pengarah Urusan GDSB, Zahrin Haris dan Ketua Pegawai Eksekutif GDSB, Wellen Remy Rizal.
Projek di atas tapak seluas 18 ekar itu bakal menempatkan lima bangunan terminal utama, pusat beli belah, lot komersial di setiap sektor, masjid, hotel, hab monorel, pusat penganjuran acara, pejabat, klinik, pawagam dan pusat hiburan.
Sulaiman berkata, perjanjian pembinaan terminal ikonik itu akan dilaksanakan melalui Inisiatif Pembiayaian Swasta (PFI).
"GDSB sedia menawarkan penyelesaian hutang pinjaman bank MSSB daripada bahagian untung tetap kepada MSSB untuk setiap sektor pembinaan.
"Secara keseluruhan jumlah manfaat kewangan diterima MSSB apabila siap projek pembangunan semula Melaka Sentral ini dianggarkan RM466 juta,'' ujar beliau.
Tambahnya, jumlah itu tidak termasuk pendapatan tahunan berbentuk 'recurring income' (pendapatan berulang) dari perkongsian hasil sewaan dan pengurusan petak letak kereta yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta hingga RM2 juta setahun,'' katanya.
Sulaiman berkata, pembangunan Melaka Sentral akan dilaksanakan melalui lima sektor pembinaan secara berperingkat-peringkat yang dijangka bermula pada Jun 2022 dan disiap sepenuhnya pada tahun 2029.
"Bagi sektor pertama, projek ini merangkumi pembangunan bangunan terminal utama untuk ketibaan dan pelepasan, blok kondomium, hotel, 18 buah pawagam dan lot komersial yang dijangka siap pada 2024.
"Sektor kedua melibatkan terminal ekspres wilayah selatan, satu blok kondominium, zon hiburan dan ruang komersial yang akan disiapkan pada Jun 2025.
"Sektor ketiga pula adalah terminal ekspres wilayah tengah, dua blok kondominium dan lot komersial yang siap pada Disember 2026.
"Sektor keempat terminal ekspres wilayah utara, satu blok kondominium dan ruang komersial yang akan siap pada 2028 dan terakhir terminal ekspres bagi wilayah timur, sebuah masjid, satu blok kondominium, hab monorel, dewan banquet dan ruang komersial yang dijangka siap pada 2029,'' katanya.
Astro Awani
Mon Oct 04 2021
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (tengah) menyaksikan dokumen usahasama pembangunan semula Melaka Sentral yang ditandatangani Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB) dan Goodyield Development Sdn Bhd (GDSB).
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pelaburan RM3.5 bilion jadikan Melaka Sentral mercu tanda baharu - Sulaiman
Dalam kekalutan polemik politik di Melaka yang berlaku pada hari ini (Isnin) , kerajaan negeri masih sempat menandatangani perjanjian usahasama pembangunan semula terminal pengangkutan bersepadu di b
Tommy dipenjara tiga tahun kerana menyamun
Seorang lelaki warga Indonesia yang melakukan samun, mendapat pembalasan setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
Penjaga kaunter tiket didakwa cabul kanak-kanak
Tertuduh didakwa melakukan gangguan seksual terhadap mangsa di tandas lelaki Zon B, Melaka Sentral Ogos lalu.