awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan i-Sinar, i-Citra tidak jejas prestasi KWSP

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/08/2021
06:23 MYT
Pelaksanaan i-Sinar, i-Citra tidak jejas prestasi KWSP
KWSP telah mempunyai perancangan dalam menguruskan kecairan aset serta aliran tunai organisasi itu. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan inisiatif i-Sinar dan i-Citra tidak menjejaskan prestasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, pihaknya telah mempunyai perancangan dalam menguruskan kecairan aset serta aliran tunai KWSP.
“Berkait impak kepada aliran tunai dan pelaburan, kami sedang menguruskannya. Kami mempunyai tunai yang mencukupi untuk program (i-Sinar dan i-Citra) ini.
“Ia tidak memberi kesan besar kepada pelaburan ketika ini,” katanya dalam taklimat media berkenaan pelaksanaan i-Citra secara maya pada Jumaat.
BACA: i-Citra: Pengeluaran RM19.1 bilion, 4.57 juta permohonan diluluskan
Mengulas berkenaan kesan ke atas kadar dividen kepada pencarum, ujarnya ia masih awal untuk diperkatakan ekoran dividen bergantung kepada prestasi pasaran dalam tempoh lima bulan ini.
Ditanya berkenaan sama ada KWSP akan mempelbagaikan portfolio pelaburan susulan ketidaktentuan ekonomi ketika ini, Nurhisham berkata pihaknya telah mempunyai perancangan dalam menguruskan semua portfolio berkenaan.
“Kami mempunyai peruntukan aset yang strategik. Namun, ia mengambil kira krisis kewangan dan kemerosotan pasaran.
“Kami melihat pasaran tempatan tidak begitu bagus, namun pasaran antarabangsa amat memberangsangkan.
“Ini yang akan menstabilkan beberapa isu melibatkan prestasi,” katanya.
Ujarnya, KWSP telah mempelbagaikan portfolio pelaburan sejak pertengahan 2013 dan ia telah memberi impak positif kepada prestasinya.
Topic Berkaitan
#KWSP
#EPF
#ekonomi
#pelaburan
#dividen KWSP
#prestasi KWSP
#i-sinar
#i-citra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan