Oman dan Malaysia telah mengekalkan hubungan diplomatik sepanjang 29 tahun lepas, dan hubungan dua hala kedua-dua negara semakin dari tahun ke tahun.
Menurut Duta Oman ke Malaysia, Aflah Sulaiman Mohammed Al-Taei, hubungan dua hala, yang meliputi banyak bidang - dagangan dan ekonomi, pelajaran, pembangunan sosial, pertahanan dan pembangunan kebudayaan bukan hanya menggambarkan hubungan yang baik, tetapi juga membuka peluang kepada perniagaan kedua-dua negara.
Berkongsi pandangannya dengan Bernama tentang apa yang disifatkannya sebagai hubungan dua hala yang sempurna, duta itu memberi penerangan tentang rancangan lima tahun Oman (2011-2015), yang membuahkan peluang perniagaan untuk syarikat-syarikat Malaysia.
Di bawah rancangan itu, US$10 bilion (RM30.5 bilion) telah diperuntukkan untuk projek pembinaan, US$12 bilion (RM36.6 bilion) untuk projek kereta api dan US$3.5 bilion (RM10.68 bilion) untuk projek-projek berkaitan jalan raya dan lebuh raya, katanya.
Sektor lain yang telah melihat kerjasama rapat ialah minyak dan gas di mana Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menandatangani satu perjanjian perkongsian cari gali dan pengeluaran (EPSA) dengan kerajaan Oman untuk konsesi Natih/West Raba, kata duta itu.
Pembekal perkhidmatan kejuruteraan lapangan minyak utama Oman dan anak syarikat MB Holdings LLC, United Engineering Services (UES), juga telah membeli dua syarikat Malaysia - Professional Power Craft (PPC) International Sdn Bhd dan Wise Marine.
Tahun 2012 juga melihat satu lagi perkembangan penting - promosi 1Malaysia, yang dianjurkan oleh Matrade, di Muscat mulai 28 April hingga 29 April. Misi dagangan itu, diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, melibatkan satu delegasi 50 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan 40 syarikat swasta.
"Pameran ini telah membuka pelbagai peluang untuk kedua-dua negara," katanya, menambah bahawa syarikat-syarikat Malaysia telah mencatatkan potensi jualan sebanyak RM22.9 juta.
Beliau berkata dagangan dua hala juga meningkat sebanyak 16.1 peratus, mencecah US$740.5 juta pada 2011 daripada US$265.30 juta pada 2010.
Katanya lagi, eksport Malaysia ke Oman telah meningkat 25.6 peratus, mencecah US$238 juta pada 2011 sementara import Malaysia daripada Oman, kebanyakannya produk minyak dan petroleum, dicatatkan pada US$502.5 juta.
Mengenai sektor pelajaran, beliau berkata kira-kira 1,300 pelajar dari Oman sedang melanjutkan pelajaran di pelbagai universiti dan kolej antarabangsa di Malaysia.
Aflah Sulaiman berkata Malaysia juga telah menarik ramai pelancong Oman dengan 30,000 orang pelawat Oman tiba ke Malaysia pada 2011 berbanding 24,000 pada tahun sebelumnya.
Sambil berkata beliau berharap bahawa hubungan Oman dan Malaysia akan terus diperkukuhkan pada 2013, beliau memberitahu bahawa seramai 1,000 rakyat Malaysia kini bertugas di Oman dalam bidang pelajaran, perubatan, pembinaan serta minyak dan gas.
Bernama
Tue Jan 01 2013
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.
PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan
Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.
Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.
MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.
'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.
Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.