AirAsia Group mempunyai pelan jangka panjang untuk menubuhkan syarikat pegangan yang akan menggabungkan operasinya di ASEAN, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.
Beliau berkata langkah tersebut itu akan lebih menghubungkan 10 negara ASEAN dan menjadikan rantau berkenaan 'lebih kecil' pada masa depan.
"Ada kemungkinan besar bagi (penubuhan syarikat) gabungan ASEAN (AirAsia) atau pegangan ASEAN (AirAsia)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) AirAsia Bhd di sini, hari ini.
Fernandes berkata beliau telah berbincang mengenai hasrat itu dengan beberapa kerajaan negara ASEAN dan maklum balas yang diterima adalah menyakinkan.
"Bagaimanapun (pelan) ini (masih) di peringkat awal. Tiada jangka waktu kerana syarikat perlu membincangkannya dengan 10 kerajaan yang berbeza," katanya.
ASEAN dianggotai oleh Brunei, Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Ketika ini, AirAsia Group merangkumi AirAsia Bhd (Malaysia), Thai AirAsia Co. Ltd, PT Indonesia AirAsia, Philippines AirAsia Inc, AirAsia X Bhd (Malaysia), Thai AirAsia X Co. Ltd dan AirAsia (India) Ltd.
Mengenai laluan dan destinasi, Fernandes berkata syarikat itu merancang untuk mengembangkan operasinya di India bagi mencapai kedudukan AirAsia seperti di China.
"Selain itu masih terdapat rancangan yang belum diselesaikan di Filipina dan Indonesia selain rancangan kami untuk mengembangkan operasi di Jepun," katanya.
Terdahulu semasa EGM itu, pemegang saham syarikat sebulat suara meluluskan cadangan untuk Fernandes dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Datuk Kamarudin Meranun menambah kepentingan mereka dalam syarikat kepada masing-masing 32 peratus daripada 19 peratus ketika ini.
Bernama
Mon May 09 2016

Fernandes sedang berucap dalam satu acara di Sydney pada 3 Mac, 2015. - Foto AFP/Peter Parks

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Pelan jangka panjang AirAsia untuk jadi syarikat pegangan ASEAN
AirAsia Group mempunyai pelan jangka panjang untuk menubuhkan syarikat pegangan yang akan menggabungkan operasinya di ASEAN, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.