KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melancarkan Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026 secara maya dalam persidangan minggu MyFintech (MyFW) 2022 pada Isnin.
Jelasnya, pelan lima tahun itu bagi membentangkan strategi dan visi Bank Negara Malaysia (BNM) bersama pihak industri dalam merangka masa depan industri kewangan negara.
"Strategi yang dibentangkan dalam rangka tindakan akan menjadi kritikal bagi sektor kewangan untuk mengharungi cabaran dan peluang yang mendatang seterusnya, melengkapkan Rancangan Malaysia (RMK) Ke-12.
"Perkara utama yang terkandung dalam pelan ini iaitu memajukan pendigitalan sektor kewangan, menyediakan pilihan dan akses yang bermakna untuk pengguna, meningkatkan kerancakan ekosistem pembiayaan untuk memenuhi keperluan Malaysia keperluan ekonomi dan penggunaan yang lebih meluas terhadap amalan kewangan hijau dan kemampanan," jelasnya.
Justeru ujarnya, semua pihak perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memulihkan semula sektor ekonomi dan kewangan negara.
Tambah Tengku Zafrul, tahun 2022 bukan hanya tahun memulihkan sektor berkenaan, malah peluang buat semua pihak berinovasi dalam dunia pendigitalan sekaligus meningkatkan kebolehpasaran setiap pemain industri.
"Saya juga ingin melihat lebih banyak kemasukan pemain industri perbankan,insurans dan operator takaful secara digital.
"Ini dijangka memberi impak kepada pembangunan teknologi di negara serta pengenalan penyelesaian kewangan berinovatif, lebih efisyen dan lanskap kewangan lebih kompetitif yang memanfaatkan rakyat Malaysia," jelasnya lagi.
Dalam ucaptama pelancaran itu, Tengku Zafrul turut menggesa sektor kewangan untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam membina masa depan lebih baik buat negara.
Jelasnya, kerjasama itu boleh tercapai sejajar matlamat koletif negara iaituMalaysia yang sejahtera, Inklusif dan Mampan.
Minggu MyFintech (MyFW) 2022 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) diadakan selama lima hari sehingga 28 Januari depan.
Persidangan bertemakan 'Memacu Pendigitalan untuk Pemulihan, Kemampanan, Keterangkuman' itu bakal melibatkan lebih 100 penceramah daripada industri kewangan dan teknologi.
Antaranya penceramah Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, Pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), Achim Steiner, Pengerusi Lembaga Pengarang dan Editor Tugas-tugas Khas Financial Times, Gillian Tett serta Ketua Evangelis Analisis Google, Kevin Hartman.
Fareez Azman
Mon Jan 24 2022

Tengku Zafrul hari ini melancarkan Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026 secara maya dalam persidangan MyFintech 2022 pada Isnin. - Gambar fail

Anthony Albanese angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-31
Albanese menewaskan Scott Morrison dan gabungannya, sekali gus menamatkan kuasa pakatan itu selama hampir sembilan tahun.

Jom Tengok Bola | Platform pupuk semangat perpaduan
Jom Tengok Bola Unity bersama Harimau Muda menentang Indonesia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro AWANI merupakan platform tepat bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Tran Ly Ly berkata, majlis penutup akan menjadi acara yang lebih selesa dan mesra, dengan moto 'Bersatu untuk bersinar'.

Kes baharu COVID-19 menurun 28.8 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,489,503 kes dengan 28,085 kes aktif.

6 tahanan Palestin larikan diri dari jel Israel dihukum penjara
Tindakan meloloskan diri dari penjara tahun lepas menyebabkan mereka diburu Israel dalam operasi besar-besaran.

Isteri terima kiriman mesej bukan-bukan, Caprice beri masa 24 jam untuk pengirim mohon maaf
Orang ramai boleh benci dirinya, tetapi jangan sesekali ganggu isteri dan anaknya, tegas Caprice.

AWANI Pagi: Bantuan kos operasi diperlukan demi penjagaan warga emas
Kekangan yang dihadapi rata-rata pusat penjagaan warga emas adalah kos operasi yang tidak mencukupi bagi melancarkan proses penjagaan mereka. Ikuti kisah Pusat Penjagaan Mahmudah Malaysia yang memerlukan bantuan dana demi menjaga warga emas yang terbiar.

AWANI Ringkas: KJ dilantik Naib Presiden WHA-75 | COVID-19: 2 kematian baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Inflasi makanan Malaysia dijangka dalam aliran meningkat - MIDF
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang.

EPL: 23 gol masing-masing, Son dan Salah kongsi Kasut Emas
Son menjadi pemain Asia pertama memenangi anugerah tersebut, sementara ia merupakan anugerah yang ketiga bagi Salah.

Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia
WEF merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.

Malaysia berada di landasan capai sasaran pertumbuhan ekonomi tahun ini - Tengku Zafrul
Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan disokong oleh dasar fiskal pengembangan kerajaan serta dasar monetari akomodatif.

Malaysia tidak berisiko terhadap kemelesetan ekonomi - Tengku Zafrul
Perbincangan mengenai kemelesetan ekonomi ketika ini adalah bersifat pramatang.

Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan - Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia dijangka meneruskan momentum pemulihannya tahun ini, menyaksikan prestasi positif suku pertama 2022 (S1 2022) yang berkembang lima peratus.

Pemimpin zahir penghargaan sempena sambutan Hari Ibu
Beberapa pemimpin menzahirkan penghargaan kepada ibu masing-masing sempena sambutan Hari Ibu hari ini.

Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia dibuka mulai 2 Mei ini
Kerajaan sedar bahawa mungkin ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data kerajaan.

Malaysia sambut baik tiga fokus perbincangan di mesyuarat FMCBG
Malaysia menyambut baik tiga fokus utama diusulkan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Menteri-Menteri Kewangan Ke-105 di Washington DC, Amerika Syarikat sempena Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia (IMF

Majlis Perniagaan ASEAN-AS mahu perkukuhkan kerjasama dengan Kementerian Kewangan, BNM - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata US-ABC telah menyatakan hasrat mereka untuk mengukuhkan kerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Tengku Zafrul bincang pengukuhan industri kewangan, kestabilan ekonomi serantau dengan Menteri-menteri Kewangan Indonesia, Singapura
Malaysia telah membincangkan aspek pengukuhan industri kewangan dan daya tahan ekonomi dengan pelbagai menteri-menteri kewangan yang hadir di Mesyuarat-Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-IMF.

Bayaran pengeluaran khas KWSP diawalkan bermula esok
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz memaklumkan keputusan mengkreditkan awal pengeluaran tersebut kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan.