BISNES
Viviantie Sarjuni dilantik CEO INSKEN

Viviantie memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor syarikat multinasional dan agensi kerajaan, selain kepakaran dalam bidang teknologi, inovasi dan kreativiti.
KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) hari ini mengumumkan pelantikan Viviantie Sarjuni sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.
Ringkasan AI
- Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) melantik Viviantie Sarjuni sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa serta-merta, dengan harapan memperkukuh pengurusan dan memperkasakan ekosistem keusahawanan negara.
- Viviantie mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam sektor multinasional dan kerajaan, serta kepakaran dalam teknologi, inovasi dan kreativiti; pernah berkhidmat di SCENIC, MPWS, dan sebagai Presiden Alumni Chevening Malaysia.
- Beliau turut menerima pelbagai pengiktirafan seperti Kindness and Leadership 50 Leading Lights Asia Pacific 2024 dan Wiki Impact - 100 Changemakers in Malaysia 2024, serta disambut baik oleh warga INSKEN dan KUSKOP.
Sebelum menyertai INSKEN, Viviantie pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC).
Selain itu, beliau kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi di bawah Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) serta Presiden Alumni Chevening Malaysia bagi penggal 2024-2026.
Viviantie yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan sosial turut pernah meluangkan masa selama setahun enam bulan di Scotland untuk mendalami ekosistem inovasi sosial di Eropah.
Beliau juga berkhidmat selama empat tahun dengan sebuah syarikat berpangkalan di Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, sebagai usaha memperkukuh pemahamannya terhadap ekosistem keusahawanan di peringkat global.
Antara pengiktirafan yang pernah diterima beliau termasuk Kindness and Leadership 50 Leading Lights in the Asia Pacific 2024, Wiki Impact - 100 Changemakers in Malaysia 2024, serta tersenarai dalam Sabah's 100 Most Inspiring Women.
Menurut kenyataan itu, barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta seluruh warga kerja INSKEN mengalu-alukan pelantikan Viviantie dan merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) atas persetujuan terhadap pelantikan tersebut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami