"Tidak perlu tua untuk menjadi seorang pengarah," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes ketika mengulas pelantikan selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Bhd, yang diumumkan semalam.
"Pengarah baharu kami, @neelofa adalah seorang yang muda, bijak, usahawan dan suka menaruh impian seperti kami juga.
"@airasia sekali lagi menerajui aspek kepelbagaian dan kali ini, bukan setakat wanita tetapi juga dari segi usia. Tidak perlu tua untuk bergelar seorang pengarah," katanya dalam catatan terbaharu di Instagram yang turut disertakan dengan paparan gambar beliau bersama Neelofa.
Fernandes turut berkongsi kata-kata semangat: "Beranikan diri untuk bermimpi dan usahakan impian anda. Teruskan menaruh impian, lebihkan usaha, terokai dunia dan terbang lebih tinggi bersama-sama AirAsia."
Sementara itu, Neelofa yang merupakan satu nama besar dan dikenali ramai, juga berkongsi kegembiraannya bersama 5.3 juta pengikut setia di Instagram.
"Betapa menariknya pengakhiran tahun 2017! Saya amat bersyukur dan terharu dengan pelantikan ini dan berterima kasih kepada semua di atas ucapan yang diberikan," kata Neelofa.
Sambil menyifatkan pelantikan itu sebagai antara detik penting dalam hidupnya, ikon usahawan muda itu turut berkongsi keterujaannya untuk menggalas cabaran baharu itu.
Selain bergelar selebriti, Neelofa memulakan langkah sebagai usahawan dan membina empayar perniagaannya menerusi jenama tudung terkemuka, Naelofar Hijab.
Malah, jenama itu dilaporkan bakal meraih jualan sebanyak RM200 juta tahun ini dan dipasarkan di 37 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei.
"Pencapaian ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk semua wanita di luar sana," katanya.
Neelofa juga mempunyai reputasi sebagai ahli perniagaan wanita terkemuka di Malaysia dan antara segelintir kecil rakyat Malaysia yang dinamakan oleh Forbes Asia dalam senarai usahawan muda pengubah '30 Under 30' (Kelompok 30 di bawah usia 30 tahun). -- Bernama
Bernama
Sat Dec 09 2017
Neelofa menyifatkan pelantikan oleh AirAsia itu sebagai antara detik penting dalam hidupnya. - Foto ihsan AirAsia
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
AirAsia Berhad bakal buang ratusan pekerja lagi
AirAsia bagaimanapun akan menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020 kepada pekerja terjejas.
Anak kapal penerbangan terima tempias, hilang 70 peratus pendapatan bulanan dek COVID-19
70 peratus pendapatan anak kapal ini bergantung kepada elaun penerbangan.
Malaysia kekurangan pusat jagaan kanak-kanak - TPM
Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 38,333 pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar bagi menampung bilangan anak-anak berusia bawah empat tahun yang memerlukan penjagaan.
Mobile Legends: AirAsia Saiyan mahu bertemu MyA sekali lagi untuk tebus kesilapan
Pemain AirAsia Saiyan Ahmad Fuad Razali yang senang dikenali sebagai Fredo berkata kesilapan itu berlaku berikutan masalah teknikal komunikasi ketika kedua-dua pasukan berperang di kawasan Lord.
Gunung Agung: Rakyat Malaysia terkandas di Lombok cemas!
Rakyat Malaysia yang melancong ke Lombok mendakwa tidak dimaklumkan dengan jelas penutupan lapangan terbang Lombok.
AirAsia nasihat penumpang tiba awal di lapangan terbang sepanjang tempoh Tahun Baru Cina
AirAsia dan AirAsia X meminta semua penumpang yang menggunakan perkhidmatannya sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina supaya tiba awal di lapangan terbang bagi mengelak kesesakan
Briyani ayam masala mentega, muruku hidangan dalam penerbangan AirAsia sempena Deepavali
Briyani Ayam Masala Mentega akan menjadi satu daripada hidangan baharu dalam menu penerbangan AirAsia selain Muruku, snek kegemaran rakyat Malaysia yang ditawarkan sempena sambutan Deepavali.
MAHB patut bertanggungjawab insiden KLIA2 menakung air - Tony Fernandes
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini meluahkan rasa kekecewaannya berikutan keadaan KLIA2 yang ditenggelami air.
'Tiada kata yang boleh gambarkan kesedihan ini', ucap takziah Tony
Tony Fernandes telah menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501, ekoran laporan berita bahawa serpihan pesawat dan mayat telah dijumpai di lokasi pencarian.
Tiba awal di lapangan terbang semasa Hari Raya, kata AirAsia
Air Asia menasihatkan penumpang supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan.