awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarasan semula sistem perkasa impak sektor kewangan Islam - PM Anwar

Bernama
Bernama
13/10/2023
12:53 MYT
Pelarasan semula sistem perkasa impak sektor kewangan Islam -  PM Anwar
Anwar berkata Malaysia kekal pada kedudukan pertama dalam keseluruhan Indikator Pembangunan Islam global bagi 10 tahun berturut-turut. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pelarasan semula sistem kewangan Islam adalah perlu dalam usaha memperkasa impak sektor tersebut bagi memberi kesaksamaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua peringkat masyarakat.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata melalui amalan perantaraan berasaskan nilai atau value-based intermediation, bank-bank Islam dan pengendali takaful mampu menerokai inovasi berimpak menerusi penawaran pelbagai jenis modal yang memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat khususnya mereka yang terpisah daripada akses perkhidmatan kewangan.
"Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan Islam juga sedang memajukan program rintis pelaburan berimpak melalui Akaun Pelaburan atau Investment Account yang lebih meluas.
"Usaha ini menggabungkan elemen perkongsian risiko antara pihak pelabur dalam pelaburan berteraskan SDG dan juga elemen pelaburan sosial iaitu sebahagian keuntungan akan disalurkan untuk pembangunan sosial seperti pembiayaan pendidikan golongan miskin," katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata Malaysia kekal pada kedudukan pertama dalam keseluruhan Indikator Pembangunan Islam global bagi 10 tahun berturut-turut.
Oleh itu, Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) akan terus memperkukuh daya saing negara dalam bidang kewangan Islam, di samping mengetengahkan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama bagi aktiviti pemerolehan dana dan pelaburan Islam serta hab takaful semula.
"Kerajaan menyediakan RM20 juta bagi merancakkan kajian serta kreatitivi dan inovasi ekonomi Islam. Usaha ini akan diterajui oleh Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dengan penglibatan bersama MIFC dan industri," kata Anwar.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Belanjawan 2024
#Dewan Rakyat
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan