KUALA LUMPUR: Banyak persoalan yang menuntut penjelasan sewajarnya daripada Serba Dinamik Holdings Bhd, dalam mesyuarat agung tahunan kali ke-5 yang akan diadakan 31 Januari ini, setelah kumpulan diselubungi pelbagai isu korporat sejak Jun tahun lalu.
Bermula dengan masalah membabitkan juruaudit luarnya, KPMG PLT, ia berlarutan sehinggalah semua saham dan waran kumpulan digantung pada 22 Oktober 2021.
Kali terakhir saham Serba Dinamik diniagakan pada 35 sen sebelum dagangannya digantung hingga kini, menjadikan nilai pasaran syarikat pada RM1.3 bilion.
Pastinya, AGM ini kelak akan menjadi medan kepada pemegang saham yang mahukan penjelasan bukan sedikit, tentang sejauh mana hala tuju dan masa depannya di sebalik semua kemelut yang telah berlaku termasuk berdepan kes mahkamah.
Tambahan pula, semalam, Serba Dinamik jatuh dalam kategori syarikat bermasalah dengan status Nota Amalan 17 (PN17) selepas juruaudit luarnya, Nexia SSY PLT menyatakan penafian pendapat dalam pernyataan kewangan diaudit syarikat bagi 18 bulan tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021.
Kumpulan juga melaporkan perbezaan sebanyak 124% dengan menyatakan RM758.38 juta sebagai keuntungan bersih belum diaudit untuk tempoh kewangan 18 bulan berakhir 30 Jun 2021 berbanding kerugian bersih RM185.37 juta dalam penyata kewangan yang telah diaudit bagi tempoh tersebut.
Menerusi pekeliling syarikat kepada pemegang saham semalam, terdapat 3 resolusi yang memerlukan kelulusan pemegang saham ketika AGM, yang mana cadangan memperbaharui mandat pemegang saham bagi urus niaga berulang pihak berkaitan (RRPT) untuk hasil atau dagangan, mungkin tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada pemegang saham.
Sementara itu, dua lagi perkara termasuklah cadangan memperbaharui mandat kuasa pemegang saham untuk pembelian semula saham dan cadangan pindaan perlembagaan dengan menggantikan perlembagaan baharu.
Menurut Serba Dinamik, dengan mendapatkan mandat RRPT yang dicadangkan, tidak lagi memerlukannya untuk mengumumkan/mengadakan mesyuarat agung berasingan bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham jika RRPT tersebut berlaku.
Ia menjelaskan, langkah tersebut dapat mengurangkan masa dengan ketara, keperluan pentadbiran, kesulitan dan perbelanjaan yang berkaitan dengan mengadakan mesyuarat agung secara ad hoc tanpa menjejaskan objektif korporat kumpulan atau menjejaskan peluang perniagaan yang tersedia di dalamnya.
Keperluan mandat tersebut mungkin berpunca daripada banyak suara sumbang yang timbul mengenai penglibatan Serba Dinamik dalam projek bernilai RM7.7 bilion dengan Block 7 Investment LLC yang kurang dikenali, yang telah dinafikan sekeras-kerasnya sebagai mempunyai sebarang sifat RPT.
Persoalan mengenai kontrak mega yang telah dicagarkan oleh anak syarikat milik penuh Serba Dinamik Investment Ltd (SDIL) pada April 2020 juga berbangkit sebelum ini.
Ini kerana SDIL juga memiliki kepentingan dalam Block 7 menerusi syarikat yang bernama EFIRE Capital Holdings Ltd., yang mana pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif serta pemegang saham terbesar Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah juga adalah naib presiden.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Jan 08 2022
Kali terakhir saham Serba Dinamik diniagakan pada 35 sen sebelum dagangannya digantung hingga kini, menjadikan nilai pasaran syarikat pada RM1.3 bilion. -Dagang News
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.
Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.
Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.
Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.
Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.
Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.
Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.
Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.
Gagal kemuka laporan tahunan, saham Serba Dinamik akan digantung
Dagangan saham-saham Serba Dinamik Holdings Bhd akan digantung berkuatkuasa 9 pagi pada 23 Dis 2022 sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.