BISNES
Peluasan cukai untuk program pro-rakyat, tingkat taraf hidup

Tunku Nashrul memberikan justifikasi tentang peluasan cukai dalam Taklimat Harian Perdana Menteri pada Khamis. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Malaysia mempunyai nisbah cukai kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara terendah di dunia iaitu sekitar 12 peratus.
Ringkasan AI
- Malaysia mempunyai nisbah cukai kepada KDNK antara yang terendah di dunia (sekitar 12 peratus), justeru peluasan cukai dianggap penting untuk menjamin kelangsungan fiskal dan membiayai program kebajikan rakyat.
- Perbelanjaan kerajaan termasuk RM13 bilion untuk STR dan SARA, RM400 juta untuk klinik usang, serta RM600 juta untuk membaiki lebih 8,000 tandas sekolah, menggambarkan pelaburan langsung kepada kesejahteraan rakyat.
- Dasar Ekonomi Madani terus menekankan peningkatan taraf hidup rakyat secara bertanggungjawab, dengan komitmen terhadap pembaharuan fiskal dan penyampaian manfaat yang menyeluruh.
"RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memanfaatkan 9 juta penerima. RM400 juta untuk baik pulih klinik-klinik usang.
"Lebih RM600 juta untuk membaiki lebih 8,000 tandas sekolah, memberi manfaat kepada lebih 5 juta pelajar. Serta pelbagai lagi inisiatif baik untuk rakyat yang sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan," ujarnya dalam Taklimat Harian Perdana Menteri pada Khamis.
Tegas Nashrul, lagi, dasar Kerajaan Madani iaitu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, dengan pendekatan yang bertanggungjawab dan menyeluruh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami