awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel

Bernama
Bernama
19/06/2025
15:59 MYT
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
Angkatan Bersenjata Iran telah dengan tepat memusnahkan sebuah Markas Pemerintahan, Kawalan dan Risikan Tentera Israel serta satu lagi sasaran penting. - AP
ISTANBUL: Iran pada Khamis menafikan dakwaan Israel bahawa pihaknya sengaja menyerang Hospital Soroka di selatan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Angkatan Bersenjata kami yang berkuasa telah dengan tepat memusnahkan sebuah Markas Pemerintahan, Kawalan dan Risikan Tentera Israel serta satu lagi sasaran penting," kata Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dalam kenyataan di platform X miliknya.
Beliau berkata gelombang letupan hanya menyebabkan kerosakan kecil pada sebahagian kecil bangunan Hospital Tentera Soroka yang terletak berhampiran dan sebahagian besarnya telah dikosongkan.
"Kemudahan itu kebanyakannya digunakan untuk merawat tentera Israel yang terlibat dalam tindakan genosid di Gaza, sejauh 25 batu dari situ, di mana Israel telah memusnahkan atau merosakkan 94 peratus hospital Palestin," tambahnya.
Agensi berita rasmi Iran, IRNA mendakwa peluru berpandu itu menyasarkan ibu pejabat tentera dan perisikan Israel yang terletak berhampiran Hospital Soroka.
Permusuhan bermula pada Jumaat apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan tentera dan nuklear, sehingga mendorong Tehran melancarkan serangan balas.
Di Iran, seramai 585 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 1,300 cedera akibat serangan Israel, menurut laporan media tempatan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#peluru berpandu
#hospitsl soroka
#kemudahan tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami