MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Jun 2025.
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan SIS Forum (Malaysia) dan pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar, dalam tindakan mereka yang mencabar fatwa dikeluarkan pada 2014 oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam.
UTM kini berada di kedudukan 153 dunia bagi penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR) 2026.
MCMC kekal komited memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang.
Rumah tangga Fikry Ibrahim dan Siti Khalizah Alihan dilaporkan bergolak selepas Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Mei lalu.
Ibu bayi tersebut menemui suami dan anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil, lalu membawa mereka ke hospital, namun bayi disahkan meninggal dunia.
Beliau menyifatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura sebagai model kerjasama rentas sempadan yang luar biasa dan menjadi penanda aras baharu dalam perkongsian ekonomi dua hala.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa SIS Forum Malaysia berhenti menggunakan perkataan 'Sisters in Islam' ke atas sebarang bentuk penerbitan di platform dikaitkan dengan syarikat mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mengesahkan nama individu yang bakal dilantik sebagai Ketua Polis Negara (IGP) bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang dijadual akan menamatkan kontrak pada 22 Jun ini.
Pengarang dan ahli akademik, Prof Datuk Mohamed Hatta Shaharom, menghembuskan nafas terakhir jam 2:20 petang tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penyanyi dangdut popular 80-an, Zaleha Hamid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, jam 8 malam pada Khamis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami