Dengan pembelian 37 peratus pegangan dalam PT Eagle High Plantation Tbk (EHP) Indonesia, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini mempunyai dua cabang perladangan, iaitu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan EHP bagi memaksimumkan pulangan pelaburannya.
Timbalan Ketua Pengarah FELDA (Pengurusan), Muzzammil Mohd Nor berkata, banyak kerjasama dan jualan bersilang akan wujud di antara kedua-dua syarikat.
"FGV dan EHP masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri yang akan menjamin hubungan sinergi di antara kedua-dua syarikat," katanya dalam satu temubual di sini, pada Khamis.
Muzzammil berkata, pembelian itu bukan sahaja menjadi perkembangan positif untuk FELDA tetapi membantu merealisasikan penubuhan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) yang kini sedang dibincangkan kerajaan Malaysia dan Indonesia.
CPOPC merupakan satu inisiatif untuk kedua-dua negara berkongsi dan menggunakan sepenuhnya kedudukan mereka sebagai pengeluar minyak sawit global.
Ini akan memberi manfaat kepada pengguna minyak sawit kerana standard yang lebih seragam
di antara kedua-dua negara boleh dihasilkan.
Pembelian itu juga, kata Muzzammil, menunjukkan usaha penting FELDA bukan sahaja menjadi lebih besar tetapi juga mempunyai suara lebih besar dalam pasaran komoditi dunia.
Ia juga langkah strategik kerana EHP memiliki kira-kira 320,000 hektar tanah dengan satu pertiga daripadanya telah ditanam dan memasuki kitaran pertumbuhan.
Selain itu, pelaburan tersebut juga membolehkan FELDA menembusi pasaran domestik Indonesia yang mempunyai 260 juta penduduk.
Menurutnya, ketika keadaan menjadi jelas yang anak syarikat perladangan FELDA, iaitu FGV tidak boleh menggerakkan perjanjian itu ke depan berikutan beberapa kekangan yang dihadapi, ia mula mencari jalan terbaik untuk FELDA campur tangan.
Sebagai entiti bukan disenarai, FELDA tidak disekat oleh pergerakan harga saham, tetapi ia masih mengambil pendekatan berhati-hati bagi menjayakan pembelian bagi memastikan institusi itu tidak terjejas walaupun dalam senario terburuk.
"FELDA adalah institusi sosial yang penting dan ia tidak boleh terus memeterai perjanjian tanpa mengikuti usaha wajar dan mematuhi tadbir urus yang baik," katanya.
Disebabkan FELDA melabur dalam perniagaan terasnya, iaitu ladang kelapa sawit, Muzzammil berkata, pelaburan EHP merupakan peluang keemasan dan mungkin peluang terkhir untuk ia mengembangkan simpanan tanah ladang kelapa sawitnya di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016
Dengan pembelian 37 peratus pegangan dalam PT EHP Indonesia, FELDA kini mempunyai dua cabang perladangan, iaitu FGV dan EHP. - Gambar fail
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Mesyuarat pasukan petugas bersama pertama EUDR akan berlangsung Ogos - CPOPC
EC, Indonesia dan Malaysia bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas bersama untuk mengukuhkan kerjasama mengenai pelaksanaan EUDR.
Peraturan Eropah bersifat diskriminasi sekat industri sawit negara - Fadillah
Pelaksanaan EUDR dan beberapa peraturan lain yang diperkenal Eropah dilihat satu bentuk diskriminasi yang bertujuan menyekat perniagaan dan industri sawit negara.
Malaysia pelawa Thailand jadi ahli CPOPC, hasrat bawa suara besar ke peringkat ASEAN
Suara mengenai isu berkenaan akan menjadi lebih besar dan lantang sekiranya Malaysia, Indonesia dan Thailand bergabung.
Omicron, kos tinggi baja mungkin jejas pemulihan pengeluaran MSM pada 2022 - CPOPC
Kekurangan tenaga kerja dijangka dapat ditampung pada suku pertama 2022 dengan pengeluaran minyak sawit dijangka pulih selepas Jun 2022.
Harga sawit dijangka kekal kukuh pada 2022 - CPOPC
Pekebun kecil dijangka mengurangkan input kerana harga nitrogen dan fosfat telah melonjak sebanyak 50%-80% sejak pertengahan 2021.
Prospek industri minyak sawit pasca pandemik kekal cerah - CPOPC
Tahun ini, pengeluaran Malaysia dijangkakan sama seperti pada 2020 iaitu sebanyak 18.1 juta tan metrik.
Minyak sawit: Permintaan global dijangka meningkat
Majlis Negara-Negara Pengeluaran Minyak Sawit (CPOPC) yakin dengan masa hadapan minyak sawit walaupun masih berhadapan dengan ancaman Covid-19.
CPOPC minta Kraft Heinz tarik balik kempen negatif minyak sawit
Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) meminta syarikat makanan Amerika Syarikat, Kraft Heinz menarik balik kempen negatifnya terhadap minyak sawit.
Orang ramai boleh akses peta perladangan sawit tahun depan - Kementerian
Datuk Tan Yew Chong berkata, dasar itu telah mendapat persetujuan Kabinet dan dijangka dilaksanakan dalam beberapa bulan akan datang.
Jerebu: Henti tuding jari kepada pengeluar minyak sawit, negara membangun - CPOPC
Pembakaran di kawasan perladangan secara amnya merebak dari kawasan kejiranan, yang menjadi lokasi bermulanya pembakaran kecil, kata Pengarah Eksekutif, Tan Sri Yusof Basiron.