Setelah mengalami kelembapan dramatik pada suku pertama 2020 berikutan penguatkuasaan perintah berkurung oleh banyak negara di seluruh dunia, industri minyak sawit kini bersedia kembali pesat mulai suku kedua dan seterusnya.
Perniagaan di seluruh dunia pula telah dibenarkan untuk menyambung semula operasi oleh kerajaan masing-masing, sudah pasti ini sekali gus mendorong lebih banyak permintaan terhadap minyak makan dan serba guna.
Peserta industri minyak sawit juga menyambut baik pengecualian cukai yang disediakan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk membantu menguruskan paras stok semasa negara sebanyak 2.03 juta tan pada Mei 2020 di samping menstabilkan harga minyak sawit mentah (MSM) yang kini didagangkan pada RM2,300 hingga RM2,400 satu tan.
Pengecualian 100 peratus duti eksport MSM, minyak isirung sawit mentah dan minyak isirung sawit diproses dari 1 Julai, 2020 hingga 31 Dis, 2020 di bawah inisiatif Penjana turut diumumkan.
Susulan khabar baik itu, negara seperti India dan China serta blok ekonomi Kesatuan Eropah (EU) yang menjadi pasaran tradisional Malaysia dijangka kembali mengimport minyak sawit dalam jumlah yang besar.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata sejak pertengahan Mei, Malaysia mula menyaksikan lonjakan harga MSM.
"Kita melihat perintah berkurung berikutan pandemik COVID-19 semakin dilonggarkan di kebanyakan negara selain aktiviti ekonomi disambung kembali. Stok juga perlu ditambah semula telah habis susulan gangguan import selama beberapa bulan lepas," katanya kepada Bernama.
Memetik Oil World, beliau berkata pasaran minyak dan lelemak dunia dijangka mengalami prestasi bercampur-campur, dengan jumlah keseluruhan pengeluaran dan eksport mungkin lebih rendah berbanding angka pada tahun sebelumnya.
Namun, jumlah keseluruhan penjualan diunjurkan meningkat, serta-merta mendorong paras stok berkurangan serta harga menjadi lebih baik.
Pasaran minyak sawit yang lemah akan kembali kukuh tidak lama lagi.
Mengulas mengenai pengecualian cukai di bawah Penjana, Ahmad Parveez berkata keputusan kerajaan itu akan mendorong peserta industri menjual lebih banyak minyak sawit dan membantu mereka memperoleh pendapatan lebih tinggi selain menyelesaikan masalah yang dihadapi, termasuk kos tambahan yang ditanggung semasa tempoh sukar ini.
"Kita dapat mempromosikan lebih banyak eksport, khususnya kepada pengguna minyak sayur-sayuran utama termasuk India, China dan Pakistan.
"Pengumuman itu juga bertepatan dengan keputusan India untuk mengimport 1.14 juta tan minyak sayuran pada Jun berbanding purata bulanan 865,000 juta tan pada April dan Mei," katanya.
Sebagai rekod, penghantaran minyak sawit Malaysia kepada pembeli utama, India merosot ke paras terendah baharu pada April ekoran kekurangan permintaan.
Bagi Mac, negara hanya mengeksport 10,806 tan ke India, penurunan 97 peratus daripada angka yang dicatatkan tempoh sama tahun sebelumnya dan menjadi data bulanan terendah sejak 2000.
Namun, situasi ini diharapkan berubah tidak lama lagi.
Majlis Minyak Sawit Malaysia, melalui webinar kedua mengenai 'Minyak Sawit dalam Pasaran Pascapandemik', berkata eksport minyak sawit dijangka meningkat 2.5 peratus kepada 4.56 juta tan pada suku ketiga 2020 berbanding suku sebelumnya, didorong permintaan yang meningkat dari pasaran tradisional -- India, China dan EU.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Kalyana Sundram berkata, India, yang amat bergantung pada minyak makan, akan membeli semula sekitar 2.15 juta tan minyak sawit pada suku ketiga, tambahan pula dengan dorongan pengecualian duti MSM dan harga kompetitif Malaysia berbanding pengeluar minyak sawit lain.
India membeli kira-kira sembilan juta tan minyak sawit setiap tahun, yang merangkumi hampir dua pertiga daripada jumlah import keseluluruhan minyak makannya, dengan 4.4 juta tan diimport dari Malaysia tahun lepas.
"Permintaan China terhadap minyak sawit juga akan meningkat (pada suku ketiga) dengan anggaran jumlah import sebanyak 1.8 juta tan.
"Permintaan dari EU turut diunjurkan tinggi susulan kekurangan pengeluaran biji sesawi kerana faktor cuaca dan aktiviti pengisaran bijian lebih rendah," katanya.
Beliau yakin industri minyak sawit kembali pesat pada separuh kedua 2020, walaupun pandemik COVID-19 masih belum berakhir.
Sekiranya stok semakin kehabisan, harga MSM mempunyai peluang baik untuk diniagakan lebih tinggi, dan ini memberi manfaat kepada golongan pekebun kecil dan syarikat utama.
Penyelidik kargo, Intertek Testing Services baru-baru ini melaporkan eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 10 Jun meningkat 61.71 peratus kepada 545,360 tan daripada 337,255 tan pada tempoh yang sama Mei.
Satu lagi penyelidik kargo, Amspec Malaysia juga memberikan laporan positif iaitu eksport bagi tempoh 1 hingga 10 Jun meningkat 59.53 peratus kepada 550,341 tan daripada 344,983 tan pada tempoh yang sama Mei.
Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics, Dr Sathia Varqa berkata, harga penanda aras niaga hadapan MSM Malaysia mungkin didagangkan lebih tinggi pada Jun dan Julai sekiranya angka eksport yang tinggi dapat dikekalkan, termasuk ke India.
Bagaimanapun beliau mengingatkan harga komoditi itu mungkin susut kepada RM2,200 satu tan sekiranya pengeluaran mencapai paras tertinggi pada Ogos hingga Oktober.
Mengenai pengeluaran, Malaysia dan Indonesia, dijangka mengalami pengeluaran lebih rendah dalam keadaan menghadapi cabaran COVID-19.
Pengeluaran Malaysia dijangka berkurangan kepada 19 juta tan pada 2020 daripada 19.85 juta pada 2019 manakala pengeluaran Indonesia kemungkinan tidak akan berubah pada 45 juta tan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 14 2020
Sejak pertengahan Mei, Malaysia mula menyaksikan lonjakan harga minyak sawit mentah. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.