KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan untuk memulih dan menstrukturkan ekonomi negara telah membuahkan hasil yang positif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kejayaan itu diterjemah menerusi beberapa indikator-indikator utama ekonomi makro dan rakyat.
"Buat pertama kali, jumlah perdagangan mencecah RM2 trillion selepas berkembang 24.6 peratus bagi tempoh Januari hingga November 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
"Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia turut meningkat sebanyak 3.0 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama 2021.
"Sebagai indikator kepada kerancakan ekonomi di peringkat kepenggunaan, nilai jualan perdagangan borong dan runcit juga merekodkan peningkatan sebanyak 5.4 peratus kepada RM116.4 bilion pada Oktober 2021," katanya ketika menyampaikan perutusan khas sempena Tahun Baharu 2022 hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kadar pengangguran juga beransur pulih kepada 4.3 peratus pada Oktober 2021, berbanding kemuncak 5.3 peratus pada Mei 2020.
Katanya, angka terbaru itu juga lebih rendah daripada dua bulan sebelumnya.
"Angka pelaburan sering menjadi antara petunjuk popular keyakinan komuniti perniagaan terhadap keutuhan ekonomi sesebuah negara.
"Di sini, Malaysia mencatatkan perkembangan positif RM12.8 bilion pelaburan langsung asing (FDI) bersih pada suku ketiga 2021 berbanding RM8.2 bilion pada suku kedua, iaitu peningkatan sebanyak 56 peratus.
"Ini menjadikan jumlah FDI bersih bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sebanyak lebih RM30 bilion," katanya.
Justeru, beliau optimis momentum pertumbuhan ekonomi negara dijangka berterusan pada tahun 2022 dengan kadar pertumbuhan KDNK yang diunjurkan berkembang antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus seiring dengan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 6 peratus dan Bank Dunia pada 5.8 peratus.
Malah, Ismail Sabri memberi komitmen kerajaan untuk merancakkan pemulihan ekonomi dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah diumumkan di dalam dokumen RMK12 dan Bajet 2022 untuk memastikan ketahanan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
"Ke arah itu, antara tumpuan utama Kerajaan pada tahun 2022 adalah untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 600,000 peluang pekerjaan baharu di samping pemulihan segera sektor Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS)," katanya lagi.
Astro Awani
Fri Dec 31 2021
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kejayaan itu diterjemah menerusi beberapa indikator-indikator utama ekonomi makro dan rakyat. - Foto Astro AWANI
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Singapura lancar projek pemulihan terumbu karang terbesar
NParks bekerjasama dengan Makmal Marin Nasional di Pulau St John (SJINML) untuk melaksanakan inisiatif itu.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Ee Wei tidak jamin kembalikan prestasi terbaik selepas Paris 2024
Toh Ee Wei mengakui beliau tidak dapat memberi jaminan akan kembali kepada prestasi mengagumkan selepas Sukan Olimpik 2024 di Paris.
'Pemulihan' sekitar lokasi tanah jerlus dijangka hingga enam bulan
Kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula akan libatkan laluan kira-kira 200 meter dari Wisma Yakin hingga Pondok Polis di Jalan Masjid India.
Piala FA: Faisal Halim 'bertopeng' kembali ke padang pada sesi pemanasan badan
Sejurus memasuki padang bersama pasukan, Faisal bersujud di tepi padang sambil menerima sorakan dan tepukan gemuruh ribuan penonton.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Jabatan Penjara tumpu pemulihan berimpak tinggi menerusi CHCDC
Penjara kini bukan hanya dijadikan sebagai tempat menghukum semata-mata, tetapi turut ditransformasikan sebagai institusi pendidikan.
Usaha pemulihan Fukushima terima pengiktirafan dunia - Menteri Jepun
J-Village simbol kepada usaha pemulihan dan pusat itu kini tumpuan dunia apabila ia menjadi lokasi permulaan bagi larian obor temasya Olimpik.
Sistem sokongan faktor kejayaan kepulihan klien - AADK
Kata beliau, fungsi dan peranan kumpulan itu amat penting dalam memenuhi keperluan kepulihan seseorang individu.