awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulihan sektor pembinaan dijangka beri peluang cerah kepada Kerjaya Prospek raih kontrak baharu

Dagang News
Dagang News
30/05/2022
02:30 MYT
Pemulihan sektor pembinaan dijangka beri peluang cerah kepada Kerjaya Prospek raih kontrak baharu
Kerjaya Prospek memiliki tempahan kerja bernilai RM1.5 bilion berkaitan bangunan dan pertambahan tempahan tahunan mereka diunjurkan sekitar RM1 bilion ke RM1.2 bilion. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Mercury Securities Research menjangkakan Kerjaya Prospek Group Berhad berpeluang cerah untuk meraih kontrak baharu berdasarkan pemulihan sektor pembinaan di negara ini.
Firma itu berkata, Jabatan Perangkaan mengunjurkan sektor itu akan mengembang sebanyak 11.5% pada tahun 2022.
"Selepas sektor itu kembali beroperasi sepnuhnya, kami menjangkakan semua projek akan kembali lancar selepas semua pekerja sudah diberi vaksin sepenuhnya.
"Kerjaya Prospek memiliki tempahan tertunggak sebanyak RM4.4 bilion sehingga 31 Mac 2022 (RM2.2 daripada pihak berkaitan dan RM718 juta melibat kerja-kerja pembangunan infrastruktur) yang dijangka menyumbang kepada kewangan syarikat secara positif untuk tempoh lima tahun.
"Syarikat itu juga memiliki tempahan kerja bernilai RM1.5 bilion berkaitan bangunan dan kami mengunjurkan pertambahan tempahan tahunan mereka sekitar RM1 bilion ke RM1.2 bilion," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, kumpulan itu memiliki rekod cemerlang dalam bidang pembinaan terutama selepas berjaya meraih kontrak bernilai RM900 juta semasa musim pandemik COVID-19 daripada pemaju hartanah terkemuka pada FY21.
Kumpulan itu memiliki rekod kemajuan projek yang sangat baik seperti Axon Bukit Bintang dan Bloomsvale di Jalan Klang Lama dengan nilai kontrak melebihi RM220 juta.
"Baru-baru ini, kumpulan itu berjaya meraih kontrak bernilai RM710.1 juta melibatkan projek pembangunan hartanah yang mewakili kontrak terbesar yang berajya diperoleh daripada pihak luar.
"Bagaimanapun, kumpulan itu tetap berdepan beberapa cabaran seperti kegagalan meraih kontrak baharu, pembatalan atau penangguhan projek, kenaikan kos pembinaan di luar jangkaan dan penularan COVID-19 yang berterusan," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'beli' untuk Kerja Prospek dengan harga sasaran (TP) RM1.34. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#sektor pembinaan
#pemulihan
#Kerjaya Prospek
#kontrak baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan