awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendapatan sektor telekomunikasi dijangka menguncup sedikit bagi tahun kewangan 2024

Bernama
Bernama
15/03/2024
21:00 MYT
Pendapatan sektor telekomunikasi dijangka menguncup sedikit bagi tahun kewangan 2024
Pendapatan sektor telekomunikasi diunjur menguncup sedikit bagi tahun kewangan 2024 berikutan keuntungan yang lebih rendah dan persaingan sengit dalam pasaran mudah alih, kata AmInvestment Bank Bhd. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pendapatan sektor telekomunikasi diunjur menguncup sedikit bagi tahun kewangan 2024 berikutan keuntungan yang lebih rendah dan persaingan sengit dalam pasaran mudah alih, kata AmInvestment Bank Bhd.
Bagaimanapun, bank itu mengekalkan saranan neutral pada sektor berkenaan dalam persekitaran berhati-hati disebabkan ketidaktentuan kemajuan pelan perniagaan rangkaian borong dwi (DWN) 5G, kekurangan pemacu pertumbuhan, dan kos operasi yang tinggi kesan daripada penyelenggaraan teknologi yang berterusan dan proses pemodenan tapak.
"Mungkin terdapat risiko kawal selia berikutan kerajaan mendesak penyediaan ketersambungan mudah alih pada harga yang lebih rendah," katanya dalam satu nota penyelidikan pada Jumaat.
Menurut AmInvestment, walaupun keputusan suku keempat bagi tahun kewangan 2023 sektor telekomunikasi seperti yang dijangkakan, namun Axiata Group mengatasi unjuran, berikutan prestasi kukuh daripada XL Axiata dan Robi Bangladesh.
"Pendapatan CelcomDigi Bhd dan Maxis Bhd pula terjejas oleh segmen prabayar yang merosot dan kos faedah yang lebih tinggi.
"Sementara itu, keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) meningkat dengan pertumbuhan dua angka pada tahun kewangan 2023 bersandarkan penjimatan kredit cukai dan kos faedah yang lebih rendah," katanya.
AmInvestment mengulangi saranan 'beli' untuk TM dengan nilai saksama RM7.02 sesaham kerana ia dijangka menikmati pendapatan perniagaan borong yang lebih tinggi daripada pelancaran 5G dan permintaan daripada pusat data.
"Pada masa kini, Singapura mempunyai kapasiti yang terhad bagi memenuhi permintaan daripada industri pusat data kerana kebimbangan terhadap alam sekitar dan kawal selia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keuntungan bersih
#sektor telekomunikasi
#diunjur menguncup
#AmInvestment Bank Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan