KUALA LUMPUR: Firma-firma penyelidikan menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini lebih tinggi berdasarkan prestasi suku kedua yang berkembang 8.9% melebihi daripada jangkaan pasaran.
Pertumbuhan pada suku berkenaan adalah lebih kukuh berbanding suku pertama yang berkembang 5% menjadikan pertumbuhan ekonomi pada separuh pertama 2022 sebanyak 6.9%.
Ini mendorong MIDF Research menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK tahun ini kepada 6.6% daripada sebelum ini pada 6%.
Dengan merekodkan pertumbuhan kukuh pada suku kedua, firma itu berkata, ia melepasi jangkaannya dan juga pasaran dipacu terutamanya aktiviti ekonomi domestik dan pembukaan semula ekonomi.
Menurutnya, momentum pertumbuhan positif akan berterusan sehingga separuh kedua dengan perbelanjaan pengguna semakin meningkat, aktiviti perniagaan berkembang dan pertumbuhan permintaan luar yang kukuh.
"Penambahbaikan berterusan dalam pasaran buruh dan prospek pekerjaan yang lebih baik akan membantu menyokong perbelanjaan penggunaan, walaupun pengguna lebih berhati-hati dalam rancangan kewangan dan perbelanjaan mereka sebagai tindak balas kepada kenaikan kos sara hidup.
"Tetapi, kami masih kekal bimbang mengenai kemungkinan risiko penurunan terutamanya daripada perkembangan luaran seperti ekonomi China yang lemah, risiko kemelesetan dan penurunan mendadak dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan global, ketidaktentuan konflik di Ukraine, ketegangan geopolitik dan tekanan inflasi global ekoran kenaikan harga komoditi," katanya dalam nota kajian semalam.
BACA: KDNK: Tumbuh 8.9 peratus, diunjur terus berkembang tahun ini - Gabenor
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh luar jangkaan sebanyak 8.9% pada suku kedua dipacu permintaan domestik yang kukuh di tengah-tengah pemulihan pasaran pekerjaan.
Walaupun KDNK meningkat sebahagiannya disebabkan oleh asas yang rendah berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh pada Jun 2021, pertumbuhan pada April dan Mei 2022 menunjukkan prestasi yang kukuh.
Sehubungan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) masih kekal dengan unjuran ekonomi berkembang antara 5.3 hingga 6.3% tahun ini yang cenderung ke arah sasaran lebih tinggi.
Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, unjuran itu kekal meskipun permintaan luaran dijangka terkesan pertumbuhan perlahan ekonomi global.
Sementara itu, UOB Global Economics & Markets Research turut menaikkan unjuran KDNK tahun ini kepada 6.5% berbanding 5.5% sebelum ini.
Firma itu kekal positif terhadap prospek ekonomi pada separuh kedua di sebalik beberapa ketidaktentuan luaran memandangkan kesan asas yang rendah dan peralihan negara kepada fasa endemik.
"Namun begitu, kadar pertumbuhan dijangka perlahan apabila bantuan tunai sekali sahaja daripada pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semakin berkurangan, kesan inflasi dan kadar faedah yang lebih tinggi, serta risiko luaran yang meningkat," katanya.
Menurutnya, BNM juga dijangka tidak akan mempercepatkan kuantum kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) seperti mengekalkan pada 25 mata asas (bps) atau menjalankan keputusan dasar monetari tidak berjadual.
Katanya, antara kemungkinan ialah meneruskan laluan kenaikan kadar semasa mesyuarat yang dijadualkan pada Disember dan mungkin Januari, dengan syarat keadaan pertumbuhan dan penampan pemacu yang menyokong.
"Dalam penyata dasar monetari yang lalu, BNM mengulangi laluan kenaikan kadar 'terukur dan beransur-ansur' pada masa hadapan dan ikrarnya untuk memastikan OPR kekal 'akomodatif dan menyokong pertumbuhan'.
"Ini dilihat sejajar dengan normalisasi dasar monetari secara berperingkat berikutan peningkatan aktiviti ekonomi.
"Buat masa ini, unjuran OPR semasa kami mengambil kira kenaikan 25 bps lagi kepada 2.50% pada 8 September ini dan untuk OPR mencapai tahap terminal unjuran kami pada 3.00% menjelang separuh pertama 2023," jelasnya. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Aug 13 2022
Momentum pertumbuhan positif dijangka berterusan sehingga separuh kedua dengan perbelanjaan pengguna semakin meningkat, aktiviti perniagaan berkembang dan pertumbuhan permintaan luar yang kukuh. - Gambar hiasan
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi
Jualan domestik dijangka kekal lemah kerana pengguna mengutamakan pembelian penting.
Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas
Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas, berbanding aliran masuk bersih RM535.0 juta
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).
Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.