awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Abu Bakar Atan terima anugerah legend of AIPS Asia
MALAYSIA
Kes bunuh penuntut di Cyberjaya: Suspek hanya sempat guna RM200 dari kad ATM mangsa - Polis
SUKAN
Abdul Rashid dilantik CEO MASOC 2027 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Prasarana lantik Mohd Nasir sebagai Pengerusi baharu, Amir Hamdan Ketua Pegawai Eksekutif

Bernama
Bernama
01/07/2025
05:51 MYT
Prasarana lantik Mohd Nasir sebagai Pengerusi baharu, Amir Hamdan Ketua Pegawai Eksekutif
Prasarana mengumumkan pelantikan Mohd Nasir (kanan) sebagai Pengerusi Kumpulan berkuat kuasa 1 Ogos dan Amir (kiri) sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 15 Julai. - Foto Prasarana
KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd Nasir Ahmad sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos bagi menggantikan Tan Sri Jamaludin Ibrahim yang menamatkan perkhidmatan pada 30 April lepas.
Prasarana dalam kenyataan hari ini turut mengumumkan pelantikan Amir Hamdan sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 15 Julai ini, menggantikan Mohd Azharuddin Mat Sah yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya bersama Prasarana pada 14 Julai.
Mohd Nasir sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sehingga bersara pada 1 Jun 2011.
"Beliau juga telah memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB Holdings Berhad sejak 2018," menurut kenyataan itu.
Prasarana memaklumkan sebelum pelantikan ini, Amir memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana dan telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh kecekapan operasi serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana.
"Amir menyertai Prasarana pada 2019 sebagai Timbalan Ketua Pegawai Kewangan sebelum dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd pada 2022," menurut kenyataan itu.
Prasarana memaklumkan sepanjang menerajui Rapid Rail, beliau telah memacu pelbagai inisiatif penambahbaikan yang menyumbang kepada peningkatan kecekapan operasi serta kebolehpercayaan perkhidmatan rel.
"Amir merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Lincoln University of New Zealand dan Ijazah Sarjana dalam Amalan Kewangan Islam Universiti INCEIF serta ahli bertauliah Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)," menurut kenyataan itu.
Prasarana turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jamaludin dan Mohd Azharuddin atas jasa dan kepimpinan mereka sepanjang empat tahun menerajui syarikat itu.
Menurut kenyataan itu, kepimpinan mereka telah membawa kepada kejayaan merekodkan jumlah penumpang harian rel dan bas tertinggi pada 31 Dis 2024 iaitu seramai 1.5 juta, mengurangkan jumlah gangguan perkhidmatan rel daripada 255 pada 2022 kepada 71 gangguan (2024) serta pengenalan beberapa inisiatif baharu seperti perkhidmatan van Rapid On-Demand (ROD).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#prasarana
#Mohd Nasir Ahmad
#Pengerusi Kumpulan Prasarana
#Amir Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami