awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA

Nazri Kahar
Nazri Kahar
18/11/2024
11:17 MYT
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Ahmad Zahid berkata, Malaysia telah membangunkan sistem pensijilan halal yang komprehensif dan dipercayai di peringkat global melalui Jakim. - Gambar/ Bernama
DUBAI: Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Pameran Halal Antarabangsa MIHAS@Dubai, berkata: "Malaysia telah membangunkan sistem pensijilan halal yang komprehensif dan dipercayai di peringkat global melalui Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan sijil halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan 88 badan pensijilan seluruh dunia menyokongnya.
"Malaysia telah membina ekosistem halal yang kukuh dan matang, secara konsisten berada di peringkat teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global.
"Pada 2023 Malaysia merekodkan prestasi eksport halal bernilai RM55 bilion (ASD$12.5 bilion) dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) memainkan peranan penting dalam membuka potensi yang lebih besar dalam industri tersebut," katanya.
UAE merupakan destinasi utama produk halal Malaysia dalam kalangan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan mencatatkan import bernilai RM13.1 bilion (ASD$256 juta)
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata: "Tahun ini kita menyasarkan melalui MIHAS@Dubai... sasaran nilai eksport RM1 bilion... menunjukkan keyakinan tinggi produk halal keluaran Malaysia.
"Melalui komitmen konsep Diplomasi Halal, Malaysia perlu berusaha mengukuhkan hubungan antarabangsa serta mewujudkan ekosistem halal yang dinamik dan menjalinkan hubungan strategik, yang akan menggerakkan matlamat bersama," katanya.
Topic Berkaitan
#MIHAS Dubai
#Zahid Hamidi
#produk Malaysia
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan