awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran getah asli Malaysia turun 3.8 peratus pada Ogos - Perangkaan

Bernama
Bernama
14/10/2022
05:14 MYT
Pengeluaran getah asli Malaysia turun 3.8 peratus pada Ogos - Perangkaan
Bagi tahun ke tahun, pengeluaran getah asli merosot sebanyak 15.2 peratus berbanding 42,942 tan pada Ogos tahun lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia turun sebanyak 3.8 peratus bulan ke bulan kepada 36,411 tan pada Ogos 2022 daripada 37,843 tan pada Julai 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bagi tahun ke tahun, pengeluaran getah asli merosot sebanyak 15.2 peratus berbanding 42,942 tan pada Ogos tahun lepas.
"Pengeluaran getah asli pada Ogos 2022 untuk Malaysia disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (87.5 peratus) berbanding sektor estet (12.5 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jumlah stok getah asli berkurangan sebanyak 8.1 peratus bulan ke bulan kepada 209,491 tan pada bulan Ogos dengan pemproses getah menyumbang 91.6 peratus daripada stok.
Eksport getah asli Malaysia meningkat 11.9 peratus bulan ke bulan kepada 60,170 tan pada Ogos 2022, dengan China kekal sebagai destinasi utama, menyumbang 40.5 peratus daripada jumlah penghantaran, diikuti oleh Iran (5.4 peratus), Jerman (4.0 peratus), Amerika Syarikat (4.0 peratus) dan Turkiye (4.0 peratus).
"Analisis purata harga bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan penurunan sebanyak 3.3 peratus kepada 514.73 sen daripada 532.28 sen sekilogram pada Julai 2022, manakala getah sekerap susut 5.8 peratus kepada 533.29 sen sekilogram," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#getah asli
#Jabatan Perangkaan
#estet
#pekebun kecil
#DoSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan