KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin apabila langkah mengejut oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) pada hujung minggu menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang pakar ekonomi.
Pada Ahad, Arab Saudi dan pengeluar minyak OPEC+ lain dilaporkan mengumumkan pengurangan lanjut kuota pengeluarannya sebanyak lebih 1.2 juta tong sehari.
Ketika ini, indeks penanda aras minyak mentah Brent meningkat sebanyak 5.70 peratus kepada US$84.44 setong.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4200/4240 berbanding dolar AS berbanding kadar penutup Jumaat lalu pada 4.4120/4170.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata langkah itu mungkin mencadangkan bahawa inflasi boleh terus meningkat jika harga minyak kekal pada tahap tinggi.
Beliau berkata pasaran turut memfokuskan pada beberapa data penting yang akan dikeluarkan minggu ini termasuk data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang dijangka rendah sedikit pada 47.5 mata untuk bulan Mac (Feb: 47.7 mata) berdasarkan anggaran konsensus.
Begitu juga, Perubahan Pekerjaan Bukan Ladang Pemprosesan Data Automatik (ADP) AS yang dijangka turun kepada 200,000 pada bulan Mac daripada 242,000 pada Februari manakala Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) dianggarkan berkurangan menjadi 240,000 pada Mac berbanding 311,000 pada Februari.
"Justeru, kami mengunjurkan gandingan ringgit/dolar AS kekal dalam julat yang ketat antara RM4.41 dan RM4.42 kerana peserta pasaran mahu menilai data yang bakal diumumkan dan bagaimana kenaikan harga minyak berperanan terhadap inflasi ," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.4388/4437 daripada 5.4580/4636 pada penutup Jumaat lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.7793/7837 daripada 4.8036/8084, tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.3221/3253 daripada 3.3083/3122 sebelumnya.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.4388/4437 daripada 5.4580/4636 pada penutup Jumaat lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.7793/7837 daripada 4.8036/8084, tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.3221/3253 daripada 3.3083/3122 sebelumnya.
Pada masa yang sama, berbanding mata wang Asean, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.3171/3203 daripada 3.3185/3224 pada penutup Jumaat, lebih tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.11/8.15 daripada 8.12/8.13 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8919/9093 daripada 12.9031/9220 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan susut sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 294.60/295.10 daripada 294.20/294.70 pada penutup Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar hiasan
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 - Fahmi
Orang ramai diingat supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti berhubung data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit mencecah RM4.98.
Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah
Perkembangan tersebut berdasarkan analisa perbankan yang melihat pertumbuhan positif ekonomi negara selain keyakinan pelabur terhadap syarikat tempatan.
Ringgit 'undervalued', BNM tingkat perbincangan galak aliran masuk - Gabenor
Memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin, kata penganalisis.
Nilai ringgit dijangka lebih baik susulan pembaharuan struktur berterusan kerajaan - Ahli ekonomi
Turun naik mata wang terutamanya bagi ringgit, adalah perkara biasa dan sering didorong oleh penunjuk makroekonomi memandangkan Malaysia adalah negara perdagangan terbuka.