Hak pengeluaran kenderaan utiliti sukan (SUV) merupakan prospek paling menarik untuk Proton Holdings Bhd bergerak ke hadapan, hasil jalinan usaha sama dengan rakan strategik asingnya yang baharu, kata seorang penganalisis kereta hari ini.
Perjanjian dengan Geely Holding Group Co Ltd (Geely) China akan membolehkan Proton memperoleh keputusan segera dalam menyegarkan semula modelnya dengan menambah segmen model yang belum dikeluarkannya, kata Hezeri Samsuri.
SUV mengejutkan pasaran kereta antarabangsa, dan kini merupakan segmen pasaran terbesar di dunia.
DRB-Hicom Bhd, yang memiliki sepenuhnya Proton, dan Geely, dijangka menandatangani Perjanjian Muktamad esok, dengan Geely akan memperoleh 49.9 peratus kepentingan dalam syarikat pengeluar kereta negara. Susulan itu, Proton akan diberi akses kepada SUV Boyle Geely yang paling laris, dan dijangka melancarkan SUV pertamanya seawal separuh kedua 2018.
Proton akan mengeluar, menjual, memasarkan dan mengedar SUV Boyue di bawah jenama Proton dalam pasaran Asia Tenggara.
"Proton perlu menguasai semula bahagian pasarannya yang hilang, dan ini bukanlah tugas yang mudah memandangkan persaingan sengit daripada jenama asing.
"Dan, bagi mengeluarkan SUV sendiri akan menjadi dorongan kepada Proton untuk memasuki segmen baharu," kata Hezeri.
Beliau berkata pengguna Malaysia mahukan SUV seperti yang dapat dilihat daripada jumlah jualan SUV yang kukuh dan tinggi tahun ini walaupun jumlah jualan kenderaan penumpang merosot.
Boyue, yang dilancarkan pada Mac tahun lepas, dibangunkan oleh bekas pereka Volvo, Peter Horbury, yang kini mengetuai studio reka bentuk Geely yang terletak di Gothenburg, Shanghai, Barcelona dan Los Angeles.
Geely mempunyai 300 pereka dari pelbagai latar belakang, sekali gus mencerminkan kesungguhannya dalam meraih bahagian pasaran global.
Hezeri berkata dengan memanfaatkan model terlaris, akan mempercepat pertumbuhan Proton, selain mengurangkan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang besar serta menyediakan Proton kualiti Boyce yang sudah terkenal di dunia.
"Sebagai sebuah syarikat kereta yang diwujudkan di ASEAN, Proton juga mengetahui keperluan dan kehendak pasaran tempatan. Proton akan memasukkan lebih banyak ciri untuk menjadikan Boyue lebih menarik dan relevan dengan ASEAN," katanya.
Hezeri berkata beliau menjangkakan 2018 akan menjadi tahun yang sibuk di kilang Proton di Tanjung Malim dengan penyediaannya bagi menghasilkan SUV.
"Dan yang paling penting, perkongsian ini dengan Geely akan memberi Proton ekonomi yang menguntungankan dari segi kos, yang sudah lama tertangguh.
"Sebelum ini, ketika mengeluarkan model Iriz, kos R&D sahaja sebanyak RM600 juta, dan untuk mendapatkan semula jumlah ini, lebih daripada 400,000 kereta Iriz perlu dijual, satu prestasi yang mustahil jika kita hanya memasarkan di pasaran tempatan," katanya.
Di samping itu, bersama Geely, Proton tidak lama lagi dapat memanfaat rangkaian luas rakan kongsinya di pasaran China manakala Geely pula akan menggunakan Malaysia sebagai platform untuk memasuki pasaran Asia Tenggara yang mempunyai 600 juta penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2017
Proton akan mengeluar, menjual, memasarkan dan mengedar SUV Boyue di bawah jenama Proton dalam pasaran Asia Tenggara. - Gambar hiasan
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.