awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurangan tarif AS cetuskan kesan limpahan positif merentas sektor-sektor utama - Nga

Bernama
Bernama
01/08/2025
20:30 MYT
Pengurangan tarif AS cetuskan kesan limpahan positif merentas sektor-sektor utama - Nga
Nga berkata, kadar baharu itu dijangka dapat meningkatkan lagi akses pasaran dan daya saing untuk syarikat-syarikat Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Hasil perdagangan yang progresif seperti keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia akan memberi kesan limpahan ekonomi yang meluas merentas pelbagai sektor termasuk pembinaan dan pembuatan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, langkah menurunkan tarif daripada 25 peratus kepada 19 peratus berkuat kuasa hari ini, mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap tadbir urus ekonomi Malaysia dan menjadi bukti kepada kredibiliti negara sebagai rakan dagang antarabangsa yang boleh dipercayai.
"Kami bersyukur dengan perkembangan positif ini. Ia menghantar isyarat yang kukuh mengenai kepercayaan terhadap tadbir urus ekonomi Malaysia, pembaharuan dasar dan komitmen kepada perdagangan yang adil dan berasaskan peraturan.
"Kadar 19 peratus yang dicapai ini tanpa menjejaskan kedaulatan negara menunjukkan kematangan Malaysia dalam rundingan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Eksport Malaysia untuk perabot, papan tanda pencahayaan dan bahan binaan pasang siap dianggarkan bernilai US$1.55 bilion (kira-kira RM7 bilion) pada 2024.
Nga berkata, kadar baharu itu dijangka dapat meningkatkan lagi akses pasaran dan daya saing untuk syarikat-syarikat Malaysia.
"Tarif yang lebih rendah dapat memudahkan akses yang lebih luas kepada bahan dan teknologi pembinaan yang berkualiti pada harga yang kompetitif, menyokong matlamat kita untuk membina rumah dan bandar yang lebih pintar, mesra alam dan lebih selesa didiami," katanya.
Sementara itu, Nga yang juga Presiden Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) berkata, keputusan itu merupakan hasil rundingan dua hala yang berterusan diketuai oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI.
Beliau juga menyambut baik pengumuman Presiden AS Donald J. Trump yang akan melawat Kuala Lumpur pada Oktober sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
"Kehadiran Presiden Trump di Kuala Lumpur akan mengukuhkan lagi kerjasama ASEAN-AS. Malaysia menantikan peluang untuk mempamerkan kemajuan dalam pembangunan mampan, tadbir urus berpaksikan rakyat dan transformasi bandar hijau di bawah wawasan MADANI," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurangan tarif AS
#Nga Kor Ming
#Amerika Syarikat
#limpahan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan