KUALA LUMPUR: Pengurusan kewangan yang lebih baik pada 2023 mampu memulihkan sentimen perniagaan dan pelaburan Malaysia malah kesannya secara tidak langsung akan dinikmati oleh rakyat dalam jangka masa satu tahun, kata Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli.
Beliau berkata pengurusan kewangan yang lebih baik juga mampu mengukuhkan ruang fiskal sedikit demi sedikit.
"Apabila ia (pengurusan kewangan) dijalankan dengan lebih berhemat, insya-Allah pada 2024 kita akan mempunyai lebih banyak ruang untuk berbelanja," katanya pada sesi temu ramah Ayuh Malaysia Show bertema 'Ekonomi Malaysia: Antara Persepsi dan Realiti' pada Jumaat.
Beliau berkata kedudukan ekonomi negara dilihat lebih berdaya tahan berbanding kedudukan fiskal yang dilihat sedikit rendah.
"Namun kesejahteraan rakyat dan kemampuan kerajaan tidak terletak kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata jika dilihat dari sudut berbeza," katanya.
Selain itu, Mohd Rafizi berkata yang menentukan kedudukan aliran tunai kerajaan adalah jumlah cukai yang dikutip dan jenis aliran pendapatan yang masuk ke kantung kerajaan.
"Ekonomi tumbuh (namun) tidak semua menjadi hasil kerajaan kerana komponen paling besar adalah cukai pendapatan sama ada individu atau syarikat. Sekiranya ekonomi berkembang tetapi pendapatan individu tidak meningkat dan syarikat tidak untung maka tidak ada penambahan hasil untuk negara," katanya.
Beliau berkata berbanding dengan negara di Asean, Malaysia berada pada kedudukan ketiga dari bawah dari segi peratusan pendapatan cukai kepada kerajaan iaitu 11.4 peratus, negara Asean lain pada kadar 15 peratus sementara, negara maju adalah lebih tinggi iaitu dalam lingkungan 25 hingga 30 peratus.
"Ini adalah antara masalah struktur yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mencari jalan menanganinya dalam jangka masa sederhana dan panjang serta memastikan pertumbuhan gaji boleh sepadan dengan kenaikan harga barang," katanya.
Walau bagaimanapun, Mohd Rafizi berkata sekiranya keadaan kewangan dapat diurus dengan baik dengan mengurangkan ketirisan, rasuah dan sebagainya maka negara tidak akan berada dalam keadaan terdesak.
"Maksudnya, dengan hasil yang kita ada lebih kurang RM290 bilion setiap tahun, kalau diuruskan dengan baik, belanja dengan baik dengan merancang keutamaan perbelanjaan, kita boleh bertahan," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2023 yang disemak semula di Dewan Rakyat pada 24 Feb, 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Rafizi berkata pengurusan kewangan yang lebih baik juga mampu mengukuhkan ruang fiskal sedikit demi sedikit. - Astro AWANI/Shahir Omar
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.
2,000 GLC akan diaudit mulai tahun depan - Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara (JAN) akan melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun depan dalam usaha mewujudkan era baharu tadbir urus di Malaysia.
Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bertujuan memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.
BAM jalin kerjasama dengan PEMANDU Associates sebagai persiapan ke Olimpik 2028
BAM mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan kerjasama strategik dengan PA dalam usaha melicinkan tatakelola badan induk itu untuk menduduki kelompok tiga terbaik menjelang LA28.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Dasar Peluang Kedua: Manfaatkan sepenuhnya untuk memulakan hidup baharu - Pakar
Dasar Peluang Kedua merupakan inisiatif untuk membela nasib rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dengan melepaskan mereka daripada kebankrapan.
BNM ambil pendekatan berhemat tangani risiko keberhutangan isi rumah tinggi
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata kerajaan sedar mengenai risiko keberhutangan isi rumah yang tinggi, justeru pendekatan yang lebih mampan akan dilaksanakan.