awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penilaian pasaran tingkat unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.5-5.0 peratus tahun ini - PM Anwar

Bernama
Bernama
07/02/2026
22:20 MYT
Penilaian pasaran tingkat unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.5-5.0 peratus tahun ini - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia telah memasuki 2026 dengan ekonomi yang kekal berdaya tahan, walaupun dalam persekitaran global yang terus tidak menentu. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Penilaian pasaran semasa telah memposisikan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jajaran 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2026, mencerminkan pengukuhan permintaan domestik dan momentum pelaburan yang berterusan, sejajar dengan jangkaan Kementerian Kewangan serta institusi antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, berdasarkan unjuran rasmi sebelum ini, ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.0 hingga 4.5 peratus menjelang 2026 melalui sokongan permintaan domestik yang stabil dan aktiviti pelaburan yang mampan.
Ucapan beliau dibacakan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada majlis gala ulang tahun ke-50 Affin dan makan malam Tahun Baru Cina semalam.
Anwar berkata Malaysia telah memasuki 2026 dengan ekonomi yang kekal berdaya tahan, walaupun dalam persekitaran global yang terus tidak menentu.
Inflasi dijangka kekal sederhana dan terkawal, selaras dengan objektif dasar monetari.
“Bank Negara Malaysia juga dijangka mengekalkan pendirian dasar yang menyokong pertumbuhan sambil menjaga kestabilan harga dan kekukuhan sistem kewangan.
“Namun begitu, kita mesti terus berwaspada. Ketegangan geopolitik, peralihan dalam dasar perdagangan global dan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan memerlukan pengurusan risiko yang berdisiplin selain tadbir urus yang kukuh,” katanya.
Dalam menguruskan pertumbuhan ini, Perdana Menteri berkata kerajaan kekal komited terhadap disiplin fiskal dan kestabilan sistem kewangan.
“Pembaharuan struktur sedang dilaksanakan secara berperingkat dan berhemat, dengan mengambil kira keadaan pasaran, kebajikan rakyat serta keupayaan institusi kewangan untuk menyokong peralihan ini.
“Pendekatan seimbang ini penting bagi mengekalkan keyakinan pelabur dan mengukuhkan daya tahan ekonomi Malaysia,” katanya.
Dalam konteks ini, Anwar berkata sektor perbankan memainkan peranan kritikal kerana bank bukan sahaja bertindak sebagai penyedia pembiayaan tetapi merupakan penstabil dalam sistem kewangan, pemudahcara pelaburan dan peneraju keyakinan pasaran.
“Dalam rangka kerja ini, institusi seperti Kumpulan Affin memainkan peranan penting sebagai pengantara kewangan. Mereka menyokong kestabilan sistem, mengembangkan pembiayaan yang produktif dan memastikan kredit terus mengalir memasuki ekonomi sebenar,” katanya.
Dalam nota lain, beliau berkata persekitaran pasaran hari ini menuntut kepantasan, kecekapan dan keupayaan untuk skala.
Katanya, kerajaan MADANI melihat pendigitalan dan kecerdasan buatan sebagai alat untuk meningkatkan produktiviti, mengembangkan akses kewangan dan mengukuhkan daya saing negara.
“Usaha ini mesti disokong oleh kawalan risiko yang mantap, perlindungan keselamatan siber dan perlindungan data yang teguh,” katanya sambil menambah inisiatif transformasi digital Kumpulan Affin sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah sejajar dengan keutamaan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Amir Hamzah Azizan
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#unjuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan