KUALA LUMPUR: Tiada kawasan di negara ini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 malam, menjadikan Malaysia kekal tanpa kawasan dalam kategori itu untuk jam ketiga berturut-turut.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Samalaju, Sarawak terus menurun kepada 96 berbanding 98 pada jam sebelumnya, sekali gus kekal dalam kategori sederhana.
Di Sarawak, semua stesen pemantauan berada dalam kategori sederhana dengan Bintulu mencatat bacaan tertinggi iaitu 83, diikuti Kuching (76), IPD Serian (75), Sri Aman (74), Samarahan (74), Sibu (70), Sarikei (67) dan Mukah (62).
Di Semenanjung, kualiti udara kekal pada tahap baik dan sederhana dengan Batu Pahat di Johor merekodkan bacaan tertinggi negara iaitu 92, diikuti Kluang (90) dan Batu Muda di Kuala Lumpur (88).
Seremban mencatat bacaan 71 manakala Nilai merekodkan bacaan 59.
Bagi kawasan dalam kategori baik, Tanah Merah di Kelantan merekodkan bacaan tertinggi iaitu 50, diikuti Tanjung Malim di Perak, Kuala Selangor di Selangor dan Temerloh di Pahang yang masing-masing mencatat bacaan 49.
Secara keseluruhan, Langkawi di Kedah terus merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini dengan bacaan IPU 18, diikuti Balik Pulau di Pulau Pinang pada bacaan 22.