awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan pelaburan petanda positif ekonomi masa depan Malaysia - Ahli ekonomi

Bernama
Bernama
19/02/2024
07:28 MYT
Peningkatan pelaburan petanda positif ekonomi masa depan Malaysia - Ahli ekonomi
Kedudukan pelaburan antarabangsa Malaysia mencatatkan peningkatan aset bersih berjumlah RM119.4 bilion pada akhir suku keempat 2023 berbanding RM94.9 bilion pada suku ketiga 2023. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Peningkatan pelaburan pada suku keempat 2023 memberi petanda positif bagi pertumbuhan ekonomi masa depan Malaysia, kata ahli ekonomi Nungsari Ahmad Radhi.
Beliau berkata kepada Bernama bahawa berlaku pengembangan pembentukan modal, menunjukkan keadaan ekonomi yang semakin baik.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat menyatakan kedudukan pelaburan antarabangsa Malaysia mencatatkan peningkatan aset bersih berjumlah RM119.4 bilion pada akhir suku keempat 2023 berbanding RM94.9 bilion pada suku ketiga 2023.
Sementara itu, pelaburan langsung di luar negara berjumlah RM662.8 bilion, perlombongan dan kuari (RM80.5 bilion) dan sektor pembuatan (RM59.9 bilion).
Tiga destinasi teratas ialah Singapura bernilai RM150 bilion, diikuti Indonesia RM70.6 bilion dan Belanda RM40.5 bilion.
DOSM berkata pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat sebanyak RM11.4 bilion kepada RM926.3 bilion pada akhir suku keempat dengan 50.6 peratus, diikuti pembuatan (42.2 peratus: RM390.8 bilion) dan perlombongan dan kuari (4.5 peratus: RM42.1 bilion).
Tiga negara teratas menyumbang untuk FDI ialah Singapura (RM 207.7 bilion), Hong Kong (RM113.3 bilion), Amerika Syarikat (RM97.4 bilion).
Nungsari berkata negara memerlukan lebih banyak pelaburan di dalam negara dan melalui FDI, serta perlu melabur dalam bidang baharu bagi meningkatkan kapasiti ekonomi.
"Ekonomi perlu berbeza dari segi struktur kerana ia memperoleh daya saing dalam bidang baharu. Mengembangkan apa yang sudah kita lakukan tidak akan berjaya. Kita perlu melabur dalam kapasiti baharu dalam perkara baharu. Kita perlu mempunyai lebih banyak perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DoSM
#ekonomi malaysia
#pelaburan malaysia
#Nungsari Ahmad Radhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan